Aku baru jer add dua orang kawan lama aku. Dulu waktu aku duk kat Besout (Felda Gunung Besout, pronounced as be-sa-wut), memang ramai kengkawan yang aku membesar bersama-sama. Tambahan pula, orang kat Felda samaada pegawai, pengurus atau peneroka, yang mana tak begitu banyak sangat naik pangkatnya. So, dari kecil sampai besar boleh jumpa orang yang sama.
Darjah 6, ayah aku pencen, aku pindah ke Kedah. Meninggalkan 1001 kenangan dengan kawan-kawan Besout.
Aktiviti aku tak la banyak sangat. Sebab ayah aku pegawai, maka persekitaran aku pun dengan anak-anak pegawai ler. Diorang pecahkan sebab rumah pegawai ialah rumah sementara, tak dapat hak milik kekal cam rumah peneroka. Jadi aku tak pernah la merasa pusing-pusing ladang sawit dan makan buah sawit. Dan sebab itu jugalah aku tak pernah belajar berenang, dan tak reti berenang sampai sekarang ini.
But we created our own fun. Selalunya permainan rounders antara permainan bermusim. Main di antara rumah Hafiz Syekh. Takpun, bukit kat rumah Yong digunakan untuk main buaya buaya (aku pun tak tahu nak panggil apa, tapi dulu-dulu panggil camtu la. Disebabkan bebudak, so takder la fikir lain-lain kan). Zairi dan Hazlan selalu datang rumah aku petang Khamis. Dalam pukul 3, diorang datang lepas sekolah, dan kitorang main Lego. Lepas tu tengok Alam Ria Disney ataupun Flashman.
Jiran rumah aku waktu tu ialah Atun dan Ila (Atun sebaya, Ila adik dia). Aku ingat lagi bila aku selalu pergi rumah dia ajak main. Satu hari aku pergi dengan Hafiz. Aku cakap, ‘Hafiz, tengok yek, kalo aku panggil Atun, mesti Ila keluar. Kalau aku panggil Ila, mesti Atun keluar’, dan teori aku betul la waktu tu.
Zuraidah Baharom merupakan rival utama aku waktu di sekolah (SK Sri Besout). Selalunya aku kalah dengan dia la. Dia selalu dapat no 1 dan aku dapat no 2. Selalunya aku kurang banyak markah dalam mata pelajaran lain. Cuma dalam maths jer yang membantu sikit. Agaknya tu yang inspire aku untuk amik maths kot. Btw, sampai sekarang mak aku ingat Zuraidah ni. Sebab dulu mak aku selalu gak bandingkan aku dengan dia, Aina dan Vishalini; agaknya the way my mom inspire me to study hard.
Aizatul Azua, anak pengurus yang adventurous type of girl. Kalo pergi rumah pengurus, dia bergayut kaki atas kepala bawah dekat buaian. Lepas tu dia pindah Felda lain, dan last time aku jumpa waktu di KMPP. Dah tak nampak la perangai bebudak tu. Dah sopan. He he.
Darjah 4, Shah pindah masuk. Dia menjadi budak baru yang agak popular sebenarnya (he he) sebab dia cam sports person. Amik beberapa lama jugakla sebelum aku rapat dengan dia. Aku tak ingat dengan siapa aku bersunat. Shah ko ke? Yang aku ingat sorang lagi Hafiz. Sepatutnya aku punya giliran - no 3. Tapi disebabkan aku sampai awal di klinik itu hari, maka aku first. Diorang cakap la diorang dengar aku terjerit-jerit dari dalam. Bohong betul, sapa cakap bersunat macam kena ketit semut api? Sakit woo.
Kalau di dalam kelas, aku antara bebudak yang digossip la. Semua dipartner-partnerkan. Zairi dengan Nurul Haizan, Shah ngan Fizah, aku dengan Aina Zakuan - salah seorang budak pompuan yang aku selalu gaduh sebenarnya. Aku dah tak ingat dah apa yang kitorang gaduhkan, tapi gaduh betul-betul la. Last time jumpa Aina dengan Hawa Dalila di KMPP. Walaupun duduk KMPP setahun, tapi jumpa 2-3 kali jer. Aku teringat lagi waktu ternampak Aina kat kafe pejabat pentadbiran. Aku masih bleh cam, dan agak excited jugak la jumpa kengkawan lama.
For the mo, ini jer pengalaman-pengalaman yang masih segar di ingatan. Plus - main badminton dengan Atun/Ila sebelum waktu berbuka di bulan Ramadhan. Lagi 15 minit nak berbuka, mak aku suruh stop takut nanti tak larat nak makan sebab letih sangat; meminjamkan buku-buku Doraemon kat kengkawan dan caj 10 sen sekali pinjam (oh, padan la Shah mention fasal Doraemon yek. Baru aku teringat apa yang aku buat dengan buku-buku Doraemon aku), main zeropoint, tengok orang main seremban (batu selambut - panggilan Kedah) - aku tak reti main.
I’ve always miss Besout. Walaupun aku sedar, pengalaman tu takkan dapat diganti, tapi aku sentiasa ingat tempat aku membesar tanpa sebarang double standard. Aku amik masa 2-3 tahun gak waktu kat Kedah untuk adapt budaya dan persekitaran baru disebabkan status ‘budak baru’ aku tu.