Aug 19 2007
Publisiti Murahan di Kem BTN | My amazing race
Tajuk semacam jer ek. He he. Aku baru sembang dengan Mahadi. InsyaAllah dia akan sampai di UK pada bulan 9 ni. Sambung Master dia di Dundee University Scotland. Dia baru jer lepas balik dari kem BTN. Semua yang nak fly wajib kena pergi. Tapi yang bestnya diorang punya sesi, buat pertama kalinya dibuat di hotel. Sangat best la itu macam. Kalo kat hotel, sure la tido ada air-conditioner (tidaklah jealous sekarang ini disebabkan aku lebih mengharapkan ada pemanas berbanding air-con di sini sebab cuaca still sejuk), makan sedap etc.
.
Anyway, yang bestnya, Mahadi cerita fasal ada seorang budak Taman Ria (Sungai Petani) yang turut bersama dia dalam kem BTN bersembang. Beginilah agaknya bunyinya (difiksyenkan sedikit untuk menjadikan cerita lebih menarik).
.
‘Oh, aku ada baca blog seorang budak Merbok ni. Dia kat UK sekarang,’ kata budak tersebut. ‘Hang kenal tak agaknya?’ tanyanya kepada Mahadi. Mahadi cakap, memula dia cam tak nak mengaku (cis…), tapi kemudian dia ceritalah jugak fasal dia kenal aku.
.
He he, ala ala ader publisiti murahan la plak (Sori laa, aku ni memang mencapap sikit [Minta maaf ini ditujukan kepada pembaca pembaca baru yang tidak mengenali aku, terutamanya yang mungkin melompat dari blog Nizam Bakeri UIA. Segan gak aku dilinkkan dari blog dia. Sebab blog dia ala-ala bertemakan isu semasa, sekali melompat ke tema self obsession punya orang (kalo tak selalu, kadangkala)])
.
Anyway…
.
18 hari tinggal sebelum deadline. Lepas tu aku akan buat my ‘personal amazing race’. Bukannya apa, sebab aku kena keluar dari kolej kediaman pada 7hb. Tapi aku still kena stay sini sampai 18hb sebab ada hal.
.
Maka aku pun telah memplan pitstop-pitstop yang akan aku buat untuk mengelakkan dari menyewa bilik kat sini yang mana akan kosnya lebih kurang sama dengan aku buat plan ni.
.
September
.
.
Route 1 [2 days]
9 Sept
London Stanstead to Roma Ciampiano (Rome), Italy
.
Task: Berjalan-jalan around Rome and spend as little as I could.
.
Route 2 [1 day]
11 Sept
Roma Ciampiano to London Stanstead
Depart at 6am+- and arrive around 10am
.
Task: Dalam masa 2 jam, cuba sampai di Victoria Greenline Station untuk catchup bus tambang murah (12 pound pergi balik London-Dundee) yang telah dibeli tiketnya sebulan lebih awal
.
Route 3 [3 days]
Still 11 Sept
London to Dundee
Depart around 12pm and arrive around 11pm++
.
Task: Jumpa Mahadi, spend 3 hari kat bilik dia bagi mengelakkan keperluan untuk menyewa bilik di London; start puasa pada 13 hb. Disebabkan 3 hari, maka bolehlah solat jamak qasar:)
.
Route 4 [3 days and half]
15 Sept
Dundee to Tahir’s House, East London
Depart around 8am and arrive around 5pm
.
Task: Berpuasa di dalam bas, lepak kat rumah Tahir.
.
Final Route [1 day and half]
18 Sept and 19th Sept
London Heathrow to KLIA to Penang
Depart around 10pm of 18th
Arrive around 5pm of 19th in KLIA
And arrive in Penang International Airport around 11pm
.
Task: Balik kampung.
.
Jumlah hari: 11 hari
————————–
.
It does sound like fun, right? Alhamdulillah. Guess that’s a good way of ending up such a terrible 6-7 months life experience in here. And yeah, to mark my beginning of 23. Hello, I am still 22 okay? [Ha ha, that's the example of self-obsession I was talking about]
Aku pun belum 23 lg bang..tp at least aku sampai umur 23 dulu ngan Ali, baru ang..hehehhee XD eh, betui ker? Aku lupa la..ang sehari lepas aku kan? ;p
(”,)