Aug 27 2007
Racist young b****
‘Haa? Balik lagi?’ steno Dekan aku cakap bila aku bagitahu dia yang aku akan balik raya ni.’Taak, kali ni balik sebab dah abis’, aku balas.
.
Kemudian talian disambungkan kepada dekan aku. Seperti biasa aku seperti menggeletar setiap kali bercakap dengan dia. Entah, kalau orang tu aku sangat respek, aku akan ada perasaan sangat tidak selesa dan nak habis cepat-cepat sesi perbualan tu dengan dia. Nampaknya, inferiority complex aku memaksa aku bertindak sedemikian rupa.
.
Aku melompat pula kepada tajuk yang aku nak cakapkan. Ceritanya bermula begini.
.
Aku mengayuh basikal balik dari membeli ayam goreng di Yiewsley. Cuaca agak mendung dan matahari hampir terbenam. Di lorong basikal, ada 3 orang budak perempuan (dalam lingkungan 8-9 tahun) sedang mengayuh-ngayuh basikal.
.
Mula-mula diorang tak bagi aku potong. 2 orang budak perempuan tu mengayuh di depan aku, cuba menghalang. Aku rileks jer. Bebudak kan? They love to play. Seorang budak perempuan lagi menyuruh 2 orang budak perempuan itu berhenti berkelakuan begitu. ‘Shut up’, nada dia agak marah. Aku anggap budak perempuan ni lebih matang dari yang 2 lagi.
.
Sampai di simpang jalan, 2 budak perempuan tu berhenti dan mem’block’ aku. Err.. nada cerita cam ala-ala aku nak kena culik jer. Anyway, nak block camna sangat kan? Ader jer jalan untuk pass. Aku pun blah jer laa, sebab apa ke hal aku nak balas balik kan? Waktu tu diorang dah mula menjerit ‘idiot’ berkali-kali. Lantak koranglah, kalau aku bereaksi lebih-lebih, memang kenalah title tu.
.
Sekali waktu aku berjaya ‘melepaskan’ diri dari 2 budak perempuan tu, salah seorang budak tu menjerit pada aku, ‘f****** chinese guy!’.
.
What??
.
Rewind: Takde sesapa pun yang kata aku ada chinese look kat Malaysia, tapi memang kat UK nih, banyak kali jugakla orang ingat aku ni Chinese. Not sure why, but I don’t mind. Orang Melayu kan ke banyak look. Ada yang muka cam Jepun, ada yang cam Paki, India, caucasian, etc. So not a big deal. My point is when the girl shout that swear words, she is referring to me. Bukannya ada orang lain kat situ.
.
Aku tak toleh ke belakang untuk menyeringai sebab aku tengah melintas jalan. Kalau ada chance pun, aku tak kot, sebab aku jarang balas balik.
.
Tapi dalam hati, aku mengutuk-ngutuk budak tu seperti mana yang aku tulis dalam tajuk. Racist young b****.
.
Ini bukanlah pertama kali aku melihat reaksi-reaksi orang yang racist kat sini. Ader orang yang racist kepada orang kulit hitam. Aku pun pernah dicakap keji waktu kat Scotland itu hari. Racist punya kes ler.
.
Cumanya hari tu, aku tak terasa apa pun. Kali ni aku cukup terasa. Mungkin disebabkan aku tahu yang budak tu akan membesar dan menjadi seorang yang menilai manusia berdasarkan luaran dan bersikap prejudis. Mungkin kerana aku tersedar yang nilai yang budak itu pelajari sebenarnya datangnya dari mak bapak dia yang juga racist. Yer lah, kalau mak bapak dia tak pernah berkelakuan macam tu, macam mana dia bleh belajar untuk bersikap prejudis. Sebab budak-budak tak mendiskriminasikan manusia berdasarkan bangsa.
.
Aku teringat ketika ditegur seorang budak perempuan caucasian dalam lingkungan 5 tahun, ‘is this your bike?’, tanya dia dengan penuh minat. Maksudnya dia tidak pernah diajar untuk takut kepada orang yang bukan sama warna kulit dengannya.
.
Perkauman ni bukannya isu mudah yang boleh dimain-mainkan. Kita boleh ajar anak-anak kita untuk membenci orang kerana perangai mereka, bukan membenci dengan kata melemparkan kata-kata carutan dan hinaan, tapi membenci dengan kata tidak menyukai perangainya supaya tidak menjadi seperti orang tersebut. Tidak menyukai seseorang kerana perangai buruk, itu satu kebiasaan, kerana kita tahu yang jika perangainya berubah kepada yang baik, kita tidak akan menangguh sedikit pun untuk menerimanya semula. Tapi bukan benci kerana bangsa atau warna kulit yang berbeza.
.
Ergh, I hate that young b*****!!!!
Wah! Nice touch…
You should have listen to the sitcom “My Five Uncles” (Only available in San Andreas radio). That guy said the same word as yours, only more hilarious rather than angry..hehehehe ;p