Archive for September, 2007

Sep 03 2007

Signal

Published by flexin-am under Life in UK

3.40 a.m
Do you believe in invisible data transferred by a human being to another? Aku baru cadang nak menaip disertasi, tiba-tiba aku terasa macam mak aku nak cakap dengan aku. Dia takde ler call apa, tapi aku macam terasa jer. So, aku nak call sekarang dan aku akan tanya sama ada dia ada terasa nak bercakap dengan aku atau tidak. Kita tengok resultnya:)

4.19 a.m
Yup, positive. Mak aku cakap yang dia memang ader terasa nak bercakap dengan aku.

2 responses so far

Sep 02 2007

American

Published by flexin-am under Life in UK

‘Where are you come from?’, aku bertanya kawan Asad yang sedang melepak kat atas katil dia. ‘America’.
.

‘Oh?’ aku menjawab, sedikit teruja. Aku memberitahu dia yang ini kali pertama aku berjumpa dengan orang Amerika sejak aku duduk di sini. Mungkin sedikit teruja kerana aku tahu yang aku boleh menyenaraikan senarai cerita tv yang aku tengok - Survivor, Apprentice, American Idol, Desperate Housewives, Heroes, Ugly Betty dan Amazing Race - dan tahu yang dia tahu semua cerita tu. Berbanding bila aku beritahu orang-orang Eropah ini fasal Amazing Race, diorang akan balas, ‘Amazing Grace? The song?’
.

Salah satu soalan yang aku tanya ialah perbandingan iklimChicago
di UK dan Amerika. Aku nak tahu samaada cuaca di sana juga ‘teruk’ seperti di sini. Dia terangkan iklim 4 musim di Amerika sebagai ‘proper summer’ apabila tiba musim panas. Memang orang di UK sendiri pun menggambarkan cuaca di sini sebagai ‘crap’. Walaupun musim panas, setiap orang mesti bersedia dengan baju tebal kerana apabila matahari terbenam, suhu akan turun mendadak. Ketika matahari sedang terik bersinar pun, aku masih lagi mendakap siku, sebab angin tiup, dan terasa sejuk. Nak buat camner, BMI tak cukup…
.

Mungkin disebabkan aku lebih banyak mengikuti perkembangan cerita-cerita Amerika, maka aku lebih banyak tahu fasal American pop culture walaupun aku di UK. Abang aku pernah melaser, ‘Upi mana dengar lagu-lagu Melayu’ (Upi = panggilan rumah dan kawan-kawan sebelum KMPP. Masuk KMPP tukar nama sikit). Sebenarnya aku dengar juga. Ader la beberapa lagu yang aku suka. Cumanya kalau dalam bilik air kat rumah, aku tak ler menyanyi lagu-lagu bahasa melayu (sindrom nyanyi dalam bilik air, ada echo, biasa la kan?). Sebab aku rasa ’semacam’ bila nak sebut perkataan-perkataan ‘cinta’, ’sayang’, ‘kasih’…. err… rasa errr…
.

Perlu dijelaskan, kita ada perbezaaan budaya yang sangat ketara. Perkataan-perkataan tersebut biasanya tidak dilafazkan dalam perbualan seharian kecuali dalam fasa-fasa jiwang, dan drama-drama romantik. Bayangkan menyanyi lagi ‘aku cinta kepadamu…. sungguh’ dalam bilik air dan mak aku tengah memasak kat dapur. Err.. situasi yang sangat tidak selesa.
.

Berlainan dengan budaya penutur Bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan ‘miss’ dan ‘love’ pada situasi biasa. Seperti mengatakan, ‘I’m gonna miss you’ apabila seorang kawan hendak berpisah ataupun, ‘I’m so loving you for this’, apabila seorang kawan bagi hadiah waktu hari lahir, yang mana kawan tersebut tidaklah mempunyai hubungan ‘istimewa’. Kalau di dalam bahasa kita, perkataan ‘miss’ dalam konteks tersebut dilafaz sebagai ‘teringat’ seperti -’Weh, aku teringat kat hang semalam waktu aku makan cok kodok’ dan bukannya ‘Weh, aku rindu kat hang semalam waktu aku makan cok kodok’.

[Sumber Gambar: Spudart on Flickr]

One response so far

Sep 01 2007

11 bulan

Published by flexin-am under Life in UK

Mathematical_bioReport bulanan aku. Baru saja melengkapkan pengiraan untuk disertasi aku. Sedar-sedar ada lagi satu part yang belum dikira tadi. Pengiraan dah okey, bab bab menerangkan dan mengaitkan dengan biologi belum dibuat lagi. Aku buat tajuk model mangsa-pemangsa, so ader la kaitan dengan biologi. Buku
rujukan yang aku guna pun namanya Mathematical Biology [J.D. Murray] seperti yang di sebelah. Salah seorang kawan aku gelak bila nampak buku tu
kerana dia cakap nampak macam buku budak sekolah rendah. Aku membayangkan agaknya macam dalam gambar kat sebelah kiri bawah inilah. [Aku yang mempunyai banyak masa terluang meskipun banyak lagi nak kena taip!!! Ini ayat sarkastik]

Sebab gambar harimau tu tidak memberi perspektif dewasa kot. Macammana pun, tak kisahlah. Janji kandungan dalam okey, itu sudah cukup baik. Dan memang sebenarnya kandungan dalamnya sangat baik berbanding satu dua buku lagi yang aku dah Mathematical_bio_sainsselak-selak.

Kebanyakan benda aku dah cakap dalam 50 tahun - Ucapan Hari Merdeka Saya. Post aku yang sebelum. Fasal aku dah tau masak, fasal aku dah nak balik, fasal aku nak hantar disertasi.

Selama 11 bulan di sini, aku harap aku tidaklah begitu banyak berubah. Mungkin berubah dari beberapa aspek, tetapi aku harap yang positif la. Tak layak rasanya untuk mengukur diri sendiri, maka aku tidak akan menjawab persoalan tersebut.

Cuma satu perkara penting yang aku belajar di sini ialah - all of the time where I was high up on the wheel is caused by my effort but is not determined by that. It is up to Him who decide whether His bless fall on me to live a life that I so-called deserve or live it the hard way. One way or the other, it is a test of life, and I pray not to fail His test.

[Memula aku guna perkataan 'we' instead of 'I', tapi teringat waktu kat Kem Motivasi dulu, guna perkataan 'aku', bukannya 'kita', sebab perkataan aku lebih bersifat rendah dari 'kita'. Saying, 'kita sepatutnya....' is about telling other people and feeling like we are right about that issue. Saying, 'aku sepatutnya....' is about sharing. Am, remember that! [Reminder to myself]]

One response so far

« Prev