Oct 31 2007
Let the ‘journey’ begin!
Journey apa??
Po-ke-mon!
.
Unluckily, Pokemon-pokemon yang telah aku bela dalam DS waktu kat UK (Rujuk 9 bulan) itu hari terpadam atas masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Abis Pokemon-pokemon aku yang berlevel-level tinggi mencecah Level 70 dan juga Pokemon-pokemon legenda - Uzie, Azelf, Giratina, Heatran etc. Sob sob. Susah wo nak tangkap.
.
Selepas sebulan lebih dah balik Malaysia, dah abis raya, baru la ada mood balik nak start a new Pokemon Journey. Kali ni, instead of Diamond, aku main Pokemon Pearl lak. At least bleh la encounter dengan spesies spesies yang takde dalam Diamond.
.
My other journey - The road to PhD is honestly - scary.
.
Every time friends or relatives see me, they are gonna ask the same question. ‘Nak buat apa lepas ni’ or ‘bila nak pergi pulak?’ or ‘pergi mana pulak lepas nih?’ or probably all 3.
.
Selalunya aku malas sikit nak citer bebenda tak pasti nih. Tapi sekarang aku buat pendekatan mudah - nak tahu? Meh nak bagitahu. And here is the story…
.
Proposal
Aku dah abis round 2 untuk proposal ke Cardiff. My potential supervisor dah check dan ask for some more correction. Maksudnya kena buat round 3 la plak. Aku terhilang semangat sekejap semalam sebab rasa penat sangat sebab each round amik masa 2-3 hari. So ari ni aku mengapply Imperial College of London sebab bleh apply online. Imperial nih universiti top kat UK, maka aku tak put high hope sebab result Master aku tak berapa gempak. Esok aku akan cuba siapkan proposal utk Durham Uni plak sebab yang ni pon bleh apply online dan lecturer tu tak demand proposal yang sangat lengkap cam yang Cardiff punya. Kalo ada rezeki kat mana2 satu uni kat UK, fly la January ni kalo bleh.
.
Tapi…
.
Ada tapinya.. Rumour said that tempat utk ke UK dah penuh utk pemegang biasiswa USM. Kuota dah penuh. Sekarang kebanyakan school ask their holder utk pergi tempat lain - US ke, Europe ke, Aussie ke. Maka, aku sentiasa keep in mind yang aku maybe takkan mendarat kat UK utk buat PhD. Kalo mendarat next time, maybe utk bercuti / berbulan madu / academic purpose * (*Potong mana tidak berkenaan). So, camner plak tu?
.
Juga
.
Aku dah mintak sandaran kat PP Sains Math. So, kalo dapat bleh la tutor undergrad kejap start sem baru ni. Maka korang bleh la nampak aku tercangok kat kafe-kafe sekitar USM lagi. So junior2 Maths aku yang sedang amik Master yang membaca blog aku tapi tak pernah tinggal komen, bleh ar kita lepak2 sembang bebenda maths kat Kafe Bakti (waaah, aku tak senerd itu!!)
.
Dan Jika…
.
Jika kuota UK penuh, dan diorang suruh aku mintak tempat lain, bleh la aku mencangokkan diri kat USM beberapa bulan lagi dan blah buat PhD dalam bulan 4 kat mana-mana tempat yang terasa nak pergi plak (Kalo gi US, bleh jumpak Simon Cowell gak, ye tak?)
.
Tapi buat masa ini…
.
jadual aku dah agak penuh ler. Selain apply utk PhD, aku juga telah plan aktiviti berikut untuk bulan November
.
1-3 : Kat rumah, proposal proposal proposal!
4 Ahad: Pokemon Battle dengan Muzaini!!!
5-9 : Kat Kulim rumah kak aku - buat game ala realiti tv lagi kat sekolah dia dan tolong sikit-sikit bebudak yang nak sit utk SPM (by request, diorang kenal aku melalui Pumpkin Race la)
13 - 23+- : Bebudak debat USM start training utk Royal. Join diorang training.
24 - ? (1 minggu) : Debat Royal kat UiTM Shah Alam, gi tengok debat dan Pokemon Battle dengan lecturer UiTM!!
Lepas abis debat: Lepak jap kat KL, jumpa kengkawan - Maharuddin dan Najhan, Naz dan Shahrill etc.
.
So that’s it.













