Oct 02 2007
Rainy Days
Aku sepatutnya menggunakan masa ini untuk membuat proposal. Tapi untuk mengelakkan diri ini menghadapi tekanan maksima, maka aku ambil sedikit masa untuk menulis dalam blog, memandangkan masih lagi belum menulis apa-apa untuk bulan Oktober. Seperti mana hujan yang turun, aku sendiri pun terasa sedemikian rupa.
.
Sedih mungkin disebabkan beberapa perkara yang aku hadapi. Lagu Fergie - Big Girl Don’t Cry mengiringi hujan yang turun.
.
Dari USM, aku pulang ke rumah kak aku. Pergi ke USM untuk kali kedua kerana aku saja-saja nak join bebudak debat USM training. Training diorang sebelum raya. Saja nak melepas tekanan sedikit. Aku cakap kat mak aku bila nak minta kebenaran nak gi USM, ‘mak, kira okey la nak pergi USM nak berdebat. Orang lain nak berseronok, pergi-pergi lepak shopping complex’.
.
Hari ni aku sempat bersembang dengan Anuar (x-SMKM) dan Maharuddin (x-KMPP, x-CS USM). Anuar (yang sebaya dengan aku) baru saja dapat anak lelaki. Aku bersembang straight to the point dengan mak aku bila aku memberitahu dia fasal Anuar (kawan sekampung, so dia kenal la), ‘mak nak suruh ‘adik’ kawin bila?’. Ya ya, aku masih lagi menggunakan kata ganti diri ‘adik’. Ada masalah ke?
.
Mak aku selamber jer menjawab. Kiranya dia tak kisahlah bila-bila pun, baik cepat mahupun lambat. Agaknya memikirkan yang aku yang bercadang nak sambung PhD - nanti duduk sorang-sorang - kot. Oh ye ke? Dah ader calon, aku pulak give up. So entah ler…
.
Bila bersembang-sembang dengan Maharuddin dan Anuar, diorang mention, ‘lama dah hang balik yek?’. Oh ye ke? Aku sendiri pun tak perasan. Cuma perkataan ‘lama’ itu membuatkan aku kaget sekejap. Dah lama balik, tapi satu universiti pun aku tak apply lagi untuk PhD. Tension-tension!!!!!
.
lagi 9 minit, Heroes episode ke 2 siap didownload. Cadang nak tengok lepas ni (2.40am - 3.20a.m) dan kemudian all out dengan aku punya proposal. Aaargh.
.
Tengah-tengah tension, aku sempat menghabiskan sedikit masa untuk mengedit gambar yang aku ambil waktu training itu hari. So, take a look


