Oct 26 2007

Tell me what’s wrong with Society

Published by flexin-am at 9:18 am under After A Year

[Amaran: Mengandungi unsur-unsur yang mungkin boleh menyinggung sesetengah pembaca]
.

‘Tell me what’s wrong with society’, baris pertama lagu Crazy oleh Simple Plan. Ari tu aku buka CD Simple Plan dalam kereta waktu menghantar Pidin, Shila ngan Nurul Bati balik IK. Alih-alih Pidin cakap, ‘ko dengar jugak lagu camni ek’. Ala-ala nak mengatakan yang muka aku ni cam ada trademark lagu-lagu pop/ballad jer lah tu. Aku minat Simple Plan, siap subscribe diorang punya video dalam YouTube lagi (ada official YouTube video diorang - vlog). Cumanya style aku nih lebih ker nerd kot, tu yang diorang cam tak berapa sangka tuh.
.

Anyway, aku sebenarnya tak berapa puas hati dengan iklan-iklan sejak kebelakangan nih.
.

‘… mengembalikan kenangan malam pertama..’ . What the heck? a.k.a orang UK cakap WTF. Ini iklan apa nih?
.

Kalau nak dikatakan iklan tu disiarkan kepada cerita-cerita berat yang bebudak tak tengok, disiarkan waktu prima. Dan masalahnya, bukan jer pada budak-budak kecik, tapi bayangkanlah camni. Kalo ada tetamu datang, kita macam buka tv sambil makan ke, alih-alih kuar iklan nih, tak ke terasa termengkelan sikit (termengkelan = terserdak tapi tak keluar, tersumbat).
.

Family-family time, cakap fasal ‘malam pertama’ plak. Ish ish.
.

Lagi satu iklan tuala wanita. Seingat aku, dulu-dulu takde la pun iklan camnih. Dan sepanjang aku duk tengok X-Factor dan CSI kat UK, pun takde iklan tuala wanita kat tv diorang. Skang ni cam banyak jer. Dan rasanya orang pun tak terasa tersinggung dah disebabkan banyak sangat. Media kan membudayakan kita. Good thing or not, you answer it yourself. Cuma berbanding dengan iklan ‘malam pertama’ tadi, iklan tuala wanita kurang sedikit menonjol disebabkan iklan dia happy-happy jer cam iklan apebenda yang sapu kat ketiak tu dan iklan shampoo.
.

Masih tak puas hati dengan iklan ‘malam pertama’ itu tadi, budak-budak akan berfikir:-
-malam pertama apa?
-apa bagusnya malam pertama?
.

Tak ker risau kalo anak-anak tanya. Walopun aku takde anak lagi, tapi aku terasa risau gak kalo-kalo anak-anak menakan aku tanya soalan tu kat aku. Apa nak jawab ek? And no no no, don’t say that I am too conservative and not willing to talk such thing but I believe that it has to be in the right time and right place. Not some random rambling they ask after watching Dora The Explorer. [Wah, aku sangat bersifat kebapakkan kan? And yes, deodorant, that's the word]
.

Hari tu kat Queensbay, aku tanya Shila. Bebudak debat lain pun ada gak, nanti nampak cam dating lak kalo tak bgtau. Aku tanya Shila, ‘korang ada belajar etika dalam pengiklanan tak?’, tanya dia sebab dia amik Masscomm. Dia jawab, ‘biasanya kitorang belajar cara menyampaikan iklan dengan berkesan’ (lebih kurang camtu la jawapan dia). Emmm, padanla terpampang besar jer gambar perempuan dalam pakaian dalam kat pintu kedai tuh.
.

Yes, I am conservative for not liking those things happen in our beloved country. Takut jadi cam UK, suratkhabar-suratkhabar diorang selamber badak jer boh kat cover gambar naked woman yang hanya menutup atas dan bawah dengan tangan. Dan asal masuk Tesco, mesti nampak punyalah. What’s the different? Masuk Queensbay pun nampak jugak, ye tak?
.

Tell me what’s wrong with Society..




3 Responses to “Tell me what’s wrong with Society”

  1.   Awinon 26 Oct 2007 at 8:24 pm

    orang skang terlalu open…open…sume open..huhu..

    pnah x terpikir,yg sume ni akan mengurangkan rasa malu dlm society kite..

    kite tgk iklan2 tu,kite yg naik malu.depa yg terpampang tuh, x malu kot…huhu.

    tepuk dada,tanya iman..tepuk dahi…sakitla kan? hehe..
    xde kaitan!

  2.   Hermaineon 26 Oct 2007 at 8:56 pm

    i agree with u… tak nak masyarakat malaysia kita menjadi terlalu terbuka hingga menghalalkan yang sebenarnya haram… macam shaping bulu kening, pakai braces (ehhem) dll

  3.   iNaon 27 Oct 2007 at 8:32 am

    btoi..btoi..btoi..
    hohoho..terase seh comment `hermaine` ni…;)tp in term 4 medical treatment braces tu kdg2 diharuskan..huhu

Comments RSS

Leave a Reply