Nov 30 2007
Debat Royal di UiTM

Beberapa hari aku di UiTM untuk debat diraja. USM hantar 2 team junior dan 1 team senior. Team senior USM tak dapat masuk quarter sebab ranking no 9, dengan margin 0.5 jer di belakang UIA Utama B di tempat ke-8. Agak sayang jugak ler, sebab sikit sangat marginnya. Kalau margin lebih sikit, atau kalau menang satu match lagi atau kalau….. tapi dah ditakdirkan, ye tak? Takde maknanya berkalau-kalau.
[Gambar: aku dan Halim without H ketika kitorang sesat balik dari Kompleks PKNS. Bosan k Kompleks PKNS, tak tau ada Plaza Alam Sentral kat belakang tuh]
Team junior B dapat masuk quarter. Ranking no 8 overall dan no 2 untuk ranking junior. Quite impressive. Tapi sayangnya kalah dengan UiTM junior kat quarter. So that’s all about it. Ada banyak cerita belakang-belakang untuk debat ni jugak, tapi tidak perlulah diceriterakan di sini. Nanti timbul isu pulak.
UiTM Shah Alam vs USM Induk
Biasalah, kalo dah sampai universiti orang lain, mestilah secara tidak langsung ada rasa nak membanding-bandingkan dengan universiti sendiri.
Kitorang duk kat Kolej Mawar. Hari Sabtu malam, first day, aku ngan A Ai takleh tido dan terasa lapar. Wah, kat mana nak cari makan malam-malam macam ini? Dah ler pintu pagar terkunci siap. Pastu takde la plak kedai-kedai mamak kat tepi-tepi tu.
[Gambar: Adli dan Halim without H sedang membaca majalah ketika dinner debat. Tu laa, sapa suruh Karangkraf bagi majalah time time dinner]
Pastu ader jugak la isu-isu pengurusan sepanjang debat seperti makan tak cukup - ayam dah abis, tapi nasik ader lagi waktu 1st day tournament dan air mineral tak disediakan kepada pendebat ketika perdebatan.
To be fair, memanglah setiap universiti pun ada kelemahan sendiri ketika penganjuran. Dulu pun, waktu kat USM, ader gak masalah-masalah yang kitorang dengar. Cumanya disebabkan ada beberapa universiti yang mempunyai penganjuran yang baik kualitinya seperti UTM dan UPSI, maka terasalah juga ingin memberi komen-komen. And to be fair, again, UiTM dah pun memperbaiki beberapa kelemahan tersebut. Contohnya menambah bilangan makanan, so lepas tu takde dah problem makan.
Debater
Sekarang ni dah sangat banyak muka-muka baru. Nama-nama universiti pun baru-baru jugak. Dinaik taraf dari Kolej Uni ke Universiti waktu aku kat UK itu hari, maka aku tidaklah begitu biasa dengan nama-nama baru tersebut.
[Gambar: Mahfuzah dan aku]
KUKUM dah jadi UNIMAP, KUIM dah jadi USIM etc. Muka lama-lama yang masih ada ialah seperti Zulfadli (UM), Daud (UIAM) and his teammates, Ayed (UTM). Yang kembali sebagai hakim dan pemerhati seperti Sakinah Al Mubarakah (UTM), Kak Diyana (UiTM), Sham (UTM), Va (UPSI), Abang Halis (UiTM) etc, termasuk kak Mariani (USM). Abang Hadi (USM) sempat drop by sekejap.
USIM vs USM
Salah satu pusingan awal yang agak menarik ialah bila USM lawan USIM. Kitorang rasa kalau diletakkan sebelah sebelah, nama Universiti Sains Islam Malaysia ini agak ironi dengan USM sebab macam kitorang Universiti Sains Sekular la plak bila takde perkataan Islam tuh. Dah la lawan taju - "Sudah tiba masanya realiti tv diharamkan" dan USIM yang jadi side kerajaan. So diorang bawak pendekatan quite Islamic, dan USM lak, bila Shila bangun membidas jer, terus nampak cam ’sekular’ sikit. Wah. Keji sikit.
Tapi kitorang menang tajuk tu. Berdasarkan pendekatan aku, disebabkan konsep dan keseragaman pembawaan la, dan bukannya konsep ‘islamic-secular’ itu. He he.
That’s it!
Gambar: Azhar dan Bob lepas dapat Top 10 Best Speaker utk pusingan awal. Azhar no10 Junior manakala Bob No 4 Junior.






