Dec 22 2007
Blackout
Aku baru jer dari luar. Bulan sedang penuh. Cerah jer alam di luar. Entah berapa lama aku tak merasai suasana bulan penuh, aku pun tak ingat. Mungkin kalau dalam beberapa bulan kebelakangan ni, aku berada di USM, bila bulan penuh, jadi tak perasan la. Bila di kampung ni, terasa la kelainannya.
.
Oh, yang jadi terperasan tu sebab tetiba blackout kat rumah aku dan rumah-rumah sekelilingnya.
.
Tetiba karen takde (karen k… ). Memula aku call TNB di 15454, katanya aku dalam queue ke 7. Aku letak dulu. Gi lepak jap ngan Muzaini yang sedang melepak kat rumah aku, aku mintak trade Riolu (Pokemon Pearl/Diamond).
.
Pastu aku call TNB skali lagi.
Beginilah lebih kurang perbualan aku dengan operator
.
Aku: Saya nak laporkan blackout.
Operator: Boleh beritahu saya kawasan mana?
Aku: Kedah, Merbok.
Operator: Boleh beri alamat rumah?
Aku: Alamat rumah? [sedikit bertangguh] Kg Baru Merbok, dekat kawasan Sekolah Menengah Merbok.
Operator: Oh, ini Ahmad Lutfi Amri ke?
Aku: [Sentap... ] Ah, ya.
Operator: Okey, saya buat laporan yer.
Aku: Terima kasih.
.
Er… sebelum ni memang ler aku slalu buat laporan asal blackout
tapi biasanya dia tanya no phone, baru ler dia conformkan yang aku ni Ahmad Lutfi. Nih, baru sebut kampung dah terus tanya. Kalo ader Biro Laporan-laporan Khas untuk JKK kampung, for sure bleh jadi nih (Ada tanjak, org Kedah kata):)
.
[Gambar: Pokemon jenis elektrik yang takde kaitan dengan cerita. Dalam Pokemon Pearl aku, aku bagi nickname 'Shax', sekarang tengah Level 46]
Ntah ape2… karen pown buleh jadi isu…. Kalo gitu jenuh la aku nak tulis coz rumah aku tu selalu la black out… Mungkin ini keajaiban di Merbok….hahahha… jgn mare ye lutfi… Aku no idea tapi nak bagi gak something dalam blog hang nih
maknanya hang amat2 famous dalam bab report mereport nih
maknanya hang amat2 famous dalam bab report mereport nih
Hebat…depa kat TNB Call Centre mesti mark Am tentang bab2 merepot nih…bila nak jadi wakil kawasan
haha..sokong Aznati. Pilihanraya dah dekat, umur dah cukup, masukla jadi calon.Hehehe..
Sebelum tu,Am dah mendaftar untuk mengundi belum?
dasat aahhh..siap tau nama tuh!kalau mcD tu harus gak dia tau nama pemanggil,tp mayb TNB wat camtu gak kot.setiap nama pemanggil n nombor diorg set selepas wat panggilan kali pertama.
Achik >> Dah daftar dah mengundi. Dah masuk dah pun dalam daftar pengundi.
Joanna>> Ha ah, diorang memang buat rekod gak kot sebab takut2 ada panggilan palsu.
Ooo…nombor utk report blackout adalah 15454 ka? x penah lak aku tau, hehehe~ pasni bleh la call without hesitation XD