Dec 12 2007

Busy

Published by flexin-am at 2:11 am under After A Year

Dalam komen friendster, Emmy (x-BATI USM) dan Joanna (x-Law UIA) merujuk kepada status aku yang selalu busy. Status dalam YM la tuh.


Emmy_joanna_1

Tergelak kecil aku ketika di UMP. Waktu aku check friendster sementara menunggu persediaan 30 minit budak-budak USM, Mahadi mem’parody’kan komen Emmy.

Mahadikomen

Wah Mahadi, banyak lak masa hang duk browse through komen-komen aku. Ahaks!

6.47 petang. Bersama secangkir kopi susu, aku menghadap laptop seperti biasa
(satu mug sebenarnya). Menaip-naip blog, sambil memastikan episod terbaru
Amazing Race sedang didownload, dan torrent berjalan seperti biasa. Status busy
masih lagi dibiarkan di Yahoo Web Messenger, cuba memberikan tanda yang aku
malas untuk bersembang dengan sesiapa, kecuali kalau ada berita-berita penting
seperti kekalahan USM di kuarter IKIM - Zakiah without H terus menyapa sebaik
sahaja aku online petang tadi; ataupun gosip-gosip panas dari rakan-rakan,
ataupun bila Mahadi (x-Fizik USM, Dundee) dan Abg Tra(x-debat USM, Bristol)
terasa hendak berbual. Mungkin aku beri sedikit pengecualian kepada kedua rakan
ini. Pertama, kerana aku agak attached dengan mereka, kedua kerana aku sudah
berada di tempat mereka dahulu, jauh terpisah dari rakan-rakan taulan dan
kedai-kedai mamak.

 

Susah nak memahamkan orang, yang kadangkala aku tidak terasa hendak berbual.
Mungkin busy menonton sesuatu. Mungkin sibuk melakukan sesuatu yang lain, tapi
laptop dibiarkan terbuka kerana sedang download. Semalam aku bersembang dengan
Ding (Fizik, USM), ketika balik dari debat. Dia juga tidak berminat bersembang
melalui online messenger.

 

Jadi, kesimpulan aku mudah. Jika orang lain itu seperti aku, yang chat hanya
bila rasa perlu, dia akan faham. Jika orang lain itu bukan seperti aku, yang
merasakan chat itu seperti juga bersembang dalam dunia sebenar, maka tidak
mampulah aku menunjukkan sebabnya kenapa YM aku selalu berstatus ‘busy’….




4 Responses to “Busy”

  1.   dalinaon 12 Dec 2007 at 5:07 am

    wireless di UMP…
    ramai pendebat dan penyokong juga pengiring yang menggunakan sepenuhnya kemudahan ini.

    selamat datang ke UMP…
    =)

  2.   idaon 12 Dec 2007 at 7:09 pm

    sorry …hari tu interupt time the icon still in busy mood because of nak cari org to calculate math questions …arigatto ne …

  3.   Machinaon 15 Dec 2007 at 8:43 am

    haha..hang kan selalu menerima komen yang pelik2.
    thanks for concerning bout orang2 yg tersing dari kedai mamak, roti canai, teh tarik nasi lemak dan sebagainya nih.

  4.   Ailanaon 24 Dec 2007 at 9:15 am

    wah..besarnye gamba ceq!!!
    mengapakah….
    hehe..takpe paham am slalu bz.xnk kacau pun melainkan waktu anda mmg sedia dikacau… :)

Comments RSS

Leave a Reply