Dec 11 2007
Debat Perpaduan 07
2.44 pagi, hari Rabu. Sepatutnya aku tido waktu nih. Badan sememangnya letih dek perjalanan yang lama dari Universiti Malaysia Pahang ke USM. Bertolak dalam pukul 9 pagi, pukul 6.30 petang baru sampai. Pastu lepas Maghrib, aku ngan Usop UPM balik ke Kedah. Aku menghantar dia kat rumah kak dia kat Hospital SP. Usop tumpang van kitorang untuk balik ke Kedah.
.
Cerita debat perpaduan ini, tak banyak bezanya dengan debat-debat yang lain. Lawan, post mortem, buat strategi etc. Aku pergi ikut-ikut macam biasa. Tapi sampai-sampai kat UMP bebudak USM suruh aku register sebagai pegawai pengiring. Surat perlantikan sandaran dari USM dah dapat, aku belasa boh jawatan sebagai ‘tutor USM’ walaupun baru nak lapor diri hari Jumaat nih. Wah, tetiba jer ada jawatan plak pergi kali ni. Yang bestnya, dapat sijil skali sebagai pegawai pengiring.
.
Wah, perlu kah?
.
Mungkin salah satu elemen yang menarik dalam Debat Perpaduan ialah kemestian untuk setiap pasukan memasukkan pendebat bukan Melayu. USM boh Ding dalam line up team selain Pidin dan Bob. UM bawak Chinese. UTM bawak India Muslim. Ada beberapa lagi bawak India dan Cina. Selebihnya memasukkan bumiputera bukan Melayu sebagai line-up integrasi.
.
Final menampilkan UiTM dan UKM. UiTM menang. USM kalah kat quarter dengan UKM dengan juri 3-2. [Waah, aku dah mengantuk ketika menaip ini].
Aku end up post kali ni dengan satu ayat yang memberi impak kepada aku.
Selepas kalah quarter, kitorang pun sedih/kecewa macam biasa la. Salah seorang cakap, ‘macam tu, perpaduan tak dapat diwujudkan lah’, yang mana aku terlupa itu merujuk pada apa.
Cuma ayat Ding ini membuatkan aku terfikir. Ding balas. ‘Tak, perpaduan wujudlah. Sebab awal tadi, nervous sama-sama, pakat-pakat blank…’ merujuk kepada preparation 30 minit sebelum pertandingan. Lebih kurang macam tulah ayat Ding.
Aku terfikir - seringkali apabila merujuk kepada perpaduan, kita memperlihatkan wajah gembira, gelak ketawa dan senyum riang bersama-sama. Bagi aku, memang senang untuk berkongsi kegembiraan. Namun, ia lebih bermakna bila kita mampu berkongsi kesedihan bersama-sama.

