Archive for January, 2008

Jan 29 2008

Milo Junior

Published by flexin-am under After A Year

‘Untuk kelihatan lebih muda, saya minum Milo Junior’, sambil menghirup air, aku menggayakan ala ala iklan tv di depan Zali. Terpaksa bangun lebih awal hari ni disebabkan Zali ada kelas pukul 8 dan Pidin plak ada test pagi.

[Flashback ke malam semalam]

‘Apsal aku rasa Milo ni pelik jer ah?’, aku bertanya.
‘Ko beli Milo untuk budak kecik tu’, Pidin menjawab. Aku terasa sedikit pelik. Lalu berjalan ke arah almari. Bungkusan Milo aku capai. Bungkusan yang aku gulung itu, dibuka semula sambil semut-semut yang dah mula menghurung dikais-kais ke tepi.
‘Ha ah - susu untuk membesar - Milo Junior’, aku membaca label, ‘Untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas’. Aku lihat pula sebelah logo Milo, ada no 3, 4 dan 5 di situ.

Wah!! Salah beli. Argh.

7 responses so far

Jan 29 2008

400th post: PhD Hunting: Round III

Published by flexin-am under After A Year

7 bulan yang lalu (June 2007), blog aku mencecah ke post yang ke 300 (Rujuk : 300-th post: What’s more special than this?). Sekarang dah 400. Aku suka membaca balik post aku yang ke 300. Sentiasa mengingatkan aku untuk bersyukur dengan apa yang ada. Memberikan sedikit inspirasi untuk aku teruskan pencarian universiti.

Sekarang ni, aku isytiharkan pencarian uni untuk PhD aku dah masuk fasa ke 3.

Academic Life

Fasa 1 [Sept 07 - Nov 07]
Status: Masih belum conform sama ada gagal atau tidak
Keadaan: Aku pulun cari uni kat UK. Dapat potential supervisor kat Cardiff tapi aku turn down sebab rasa macam susah jer nak buat dengan dia. Dapat potential supervisor kat Durham dan dah dapat surat penerimaan masuk ke Durham pada April. Tapi kes rayuan aku hanya akan dibentang di Kementerian Pengajian Tinggi tengah bulan 2 ni. So tengok la camna.

Fasa 2 [Dec 07 - Jan 08]
Status: Gagal
Keadaan: Aku mencuba untuk New Zealand dan US. Aku sit for GRE dan TOEFL yang mana 2-2 exam tu sebenarnya untuk kemasukan ke US sahaja. Tapi semalam, lecturer yang agak berminat untuk selia aku dah bagitau yang memang tak dapat ler untuk masuk US tahun ni gak memandangkan deadline dah lepas. 2 pensyarah yang aku contact kat NZ - sorang tak reply dan sorang lagi tak nak amik student.

Fasa 3 [Feb 08 -      ]
Status: Baru bermula
Pelan Tindakan: Aku akan cuba lagi untuk US sebaik sahaja result official GRE dan TOEFL keluar. Manalah tahu kalau ada lagi uni yang boleh tweak rules dan terima meskipun selepas deadline. Aku akan cuba juga untuk Aussie. Dan aku rasa aku nak contact balik pensyarah kat Austria yang pernah aku contact dulu.

Social Life

Diyana, Syafiq dan Allim serta Ika nak belanja kitorang bebudak debat esok. Duit JPA baru masuk. So suma orang pakat-pakat mintak untuk dibelanja. So, makan free la kot esok.

Esok, aku juga bercadang untuk shoot video dengan Nawal. Tapi Nawal tak balas pun lagi mesej aku. Shoot for what? It’s Amazing Race Asia Season 3!!! Application is open. So, aku nak cuba lagi mengapply. Kalau dapat, bleh la pusing dunia di samping mencari populariti murahan. So takpelah kalo tak dapat pergi UK pun, kalo dapat masuk Amazing Race, lagi ler best. [Cumanya kebarangkalian untuk tak dapat 2-2 lebih tinggin sebenarnya, sigh]

Dsc00066
Semalam, aku dan Allim gi Tesco dengan Kak Khalidah. Memula cadang nak beli barang-barang dapur jer untuk kitorang, alih-alih tertukar plan untuk buat makan-makan kat rumah aku. 9 orang jugakla semuanya yang lepak-lepak makan lepas Maghrib. Kak Khalidah ketua chef, Zali chef no 2, Diyana, Ika, Nurul, Allim dan aku jadi AJK kecil. Shila datang ngan Kak Khalidah pastu. Pidin join lepas balik dari library. Alih-alih Fuad pun drop by. Lepas debat Azmil stop by perabihkan apa-apa yang ada. Aku cakap kat Kak Khalidah, ‘ni kalo abg Tra dengar nih, mesti jeles. Yer la, dulu takler ader buat macam ni sangat (termasuk gi Lata Bayu).’ Takpe Abg Tra, nanti balik kita buat lagi yerk.

[Gambar: tengah menerai baju dalam fitting room kat Midvalley. Aku beli yang warna merah punya]

5 responses so far

Jan 26 2008

GRE Round 2

Published by flexin-am under All About Me

Jumaat malam, aku bertolak sekali lagi ke KL. Mula-mula ingat nak belasah pergi sorang jer. Pastu kebetulan Syafiq dan Allim pun kena pergi jugak sebab ada pertandingan pidato kat UPM. So kitorang pun pergi la sekali naik bas transnasional.

Aku dah register GRE dalam 1 minggu sebelum. Thanks to Mahadi sebab guna kad debit dia. Eh Mahadi, aku tak bayar lagi kat hang duit tuh. Pergi ni pun ala-ala belasah jawab jer. Aku study la part Verbal, sebab yang tu cam IQ sikit. Malas nak fokus lebih-lebih sebab Dekan aku cam nak suruh gi New Zealand. GRE ni gunanya untuk kemasukan ke US jer.

Sampai kat Pudu dalam kul 4 nak dekat-dekat 5 pagi. Awal giler. Nasib baik ler ada Allim dan Syafiq, tak ler terasa bosan sangat. Tapi memandangkan aku dah beli tiket balik kul 11 malam, so terasa la yang hari ni nampaknya panjang gak.

Dipendekkan cerita dalam kul 7 kitorang dah sampai kat KL Central sebab diorang nak gi UPM naik Komuter. So, aku call ler Maharuddin, cadang nak ajak dia lepak sekali. Sampai tertidur aku kat KL Central tuh, dah nak dekat kul 8 baru ler Maharuddin balas balik mesej. Dsc00062Dia cakap yg dia tersilent phone a.k.a baru bangun tido.

[Gambar: Restoran Victoria Station kat sebelah Courts Mammoth kat AsiaJaya. Sangat mengingatkan aku kat London sebab logo dia sebenarnya imitasi Tube Station dan juga simbol Underground UK.]

Diskipkan cerita lagi, aku dah sampai kat GRE punya tempat. Lepas jawab exam, result bahagian objektif terus keluar. So okey la. Untuk Verbal part yang mengandungi soalan-soalan bahasa yang berbentuk IQ, aku dapat 410/800. Untuk Analytical Part yang mengandungi soalan-soalan math yang agak asas, sedikit tricky, tapi sepatutnya mampu dijawab oleh semua budak math 1st year undergrad, aku dapat 770/800. Nampak la sedap sikit mata memandang. To be fair, soalan tu memang math, so wajar ler aku budak math bleh jawab ye tak.

Dsc00065Dipendekkan dan diskipkan cerita, kitorang terlanded kat Midvalley.

Sementara nak menunggu bas kul 11, kitorang sempat la pergi makan-makan kat Chicken Rice Shop, pastu makan McFlurry kat McD, tengok-tengok menatang kat Pet Shop dan aku gi beli baju kat Jusco.

Dah kul 9 lebih baru bertolak ke Pudu. Aku - dengan tak mandi dekat sehari waktu tu, siap terduduk lagi ketika menunggu komuter ke KL Central.26012008016

[Gambar: aku dan Syafiq yang terduduk kat depan line kuning]

Kul 3 pagi, sampai Sg Nibong.

3 responses so far

Jan 22 2008

Takde objektif sebenarnya

Published by flexin-am under Life in UK

Beberapa lama aku menghadap komputer. Bunyi dari pendingin hawa di belakangku menjadi halwa telinga. MP3 tidak dibuka. Malas rasanya ingin digapai beg di atas kerusi, mengambil external hard disk di dalamnya. Minit demi minit berlalu. Sekarang sudahpun menunjukkan pukul 8.54 malam. Sekejap lagi dalam 9.30, ada debat pula.

Postur badan aku tidak berubah sejak 5 minit lepas. Dengan badan yang seperti berbaring di atas kerusi, otak aku menerawang entah ke mana. Setiap hari seperti biasa. Pergi mengajar tutorial, kemudiannya malam pergi ke latihan debat. Aku seolah-olah cuba melepaskan diri dari berfikir tentang menyambung pelajaran.

Sempat aku berjumpa Dani minggu lepas. "Orang yang tak melalui semua ini, tak faham Am", kata-kata Dani yang masih segar dalam ingatan. Kami setuju, melalui proses menyambung PhD ini kadangkalanya agak memenatkan. Tidak. Memang biasanya memenatkan. Kak Khalidah sering bertanya, "Kenapa nak pergi UK juga? Pergi la tempat lain pula", seolah-olah tahu yang jauh di hujung hatiku aku mengharapkan agar rayuan aku diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Entahlah. Kalau ditanya pada ketika ini, hatiku seperti tidak berperasaan, mengingatkan aku kepada Kak Diyana Sulaiman sebentar. Dalam usikan budak-budak debat, aku dikatakan manusia tanpa perasaan. Kak Diyana menyuruh aku menonton filem A.I., yang masih belum aku tonoton sampai sekarang. Lain isu sebenarnya. Tapi itulah, fikiran aku lebih mudah menerawang entah ke mana.

Dalam sedikit kerisauan ini, aku tinggalkan komputer. Niat untuk terus mencari potential supervisor aku tangguhkan dahulu. Biarlah aku melarikan diri sekejap. Biarlah aku lupakan sekejap - hendak buat PhD di mana.

Aku mengingatkan diri aku, aku masih bertuah dari orang lain, kenapa perlu begitu sugul…

8 responses so far

Jan 17 2008

Custody and handphone

Published by flexin-am under After A Year

Sekarang ni, hanya aku dengan Pidin jer yang menjadi penghuni tetap rumah transit tuh. Zali, daripada hari tu masih belum pindah-pindah masuk. Bak orang-orang berebut anak, aku dan Pidin vs roommate-roommate Zali (bleh tak bubuh kata ganda bagi perkataan BI?) pakat-pakat me’psycho’ Zali supaya duduk dengan kitorang/diorang.
.

Terasa macam berebut hang penjagaan la pulak. Last-last Zali la yang tertekan. Asal cakap fasal suruh pindah masuk, habis merah muka-muka. Tengok la camna. Sapa yang dapat hak penjagaan, kes mahkamah ditangguhkan.
.

Handphone

Setelah 4 tahun dengan handphone lama, aku buat keputusan untuk beli handphone baru. Semalam, seharian jugakla Pidin terpaksa meneman aku pusing-pusing cari handphone. Last last beli kat Queensbay - Sony Ericsson W660i warna merah. Saja cari yang ada bluetooth sebab Kelisa aku support handsfree bluetooth. Siap masuk dalam speaker kereta lagi suara kalo orang call.
.Sony_w660i_red

Tahniah kepada Diyana (USM Debat) kerana berjaya menerima panggilan pertama dari aku (dan Pidin sebenarnya) dalam perjalanan pulang dari Queensbay.
.

Zakia dan Diyana tanya, ‘apsal beli kaler merah?’. Aku cakap, ’sebab jarang orang guna warna merah, nanti kalo korang nampak or
ang lain guna, korang mesti cakap, ‘eh, macam handphone Abang Am’ ‘, aku berseloroh sedikit.
.

[Gambar: Gambar studio bagi handphone tersebut. Dalam gambar jer nampak 'sangat cantik' camnih. Realitinya, agak biasa sebenarnya]
.

So semalam aku teruja la sedikit memindahkan lagu-lagu masuk ke dalam handphone. Yer la, handphone dulu setakat bermesej dan takde kaler, handphone baru ada kamera, Bluetooth, MP3 supported dan 3G, maka teruja la sedikit (seperti lagu Ella Teruja). So, aku telah pun mengassign ringtones seperti berikut:-
.

Nada mesej: The Veronicas - 4ever (soundtrack lagu She’s The Man)
Nada dering umum : Simple Plan - When I’m Gone
Nada dering family (baru assign kat mak jer setakat ini) : Blue - One Love (sebab ada lirik ‘one love for the mother’s pride, one love…’
.

Nada dering berikut diassign sebab tengah ‘perak’ awal-awal dapat handphone
Nada dering Pidin: The Veronicas - 4ever (kena ubah nih Pidin sebab sama ngan mesej la)
Nada dering Zakia: Mirwana - Hikmah Kembara
Nada dering Diyana: Pussycats Dolls - Buttons (ada sebabnya, biarjer la bebudak debat yang tahu ek)
Nada dering ‘adelah’: Backstreet Boys - Helpless When She Smiles (aper salah ke kalo aku jiwang sikit-sikit?)
.

2008 Predictions 

Aku sepatutnya menjawab 2008 Prediction yang dibuat oleh kawan-kawan pada tahun lepas (Rujuk 2008 Predictions (by friends)). Tapi cam malas skit sekarang nih. Nanti-nanti ek.

9 responses so far

Jan 14 2008

2nd year

Published by flexin-am under After A Year

Dapur dah diamik kat rumah kak aku. Ari tu balik merbok, dah bawak sekali pinggan dan periuk. So aku dah mula masak dengan Pidin 2-3 hari lepas. Sabtu itu hari, lepas gi menampal-nampal poster untuk buka kaunter Debat Integriti, aku, Allim dan Zali (Pidin takde, balik KL) pergi Tesco untuk membeli barang-barang makanan. Lewat dah waktu tu, dalam 9.30. Beli apa-apa yang patut untuk nak masak malam tu.
10.30 baru start masak. Dalam kul 11 baru makan. Okey gak la. Resepi Zali. Ayam tuh boh sos tiram dan apabenda lagi ntah. Sedap gak. Kira berbaloi la sebab bleh tambah nasik. Kalo makan kat kafe, sure la takleh tambah, ye tak.

.

Makan

Life aku kat USM agak okey la. Prepare tutor, gi mengajar, gi kelas sit in. Pastu malam-malam join debat.
.

Aku punya PhD admission entah camner. Aku pun tak tahu ke mana arahnya. Aku biar dulu. Aku ader la contact-contact pensyarah-pensyarah, tapi aku biar dulu la kot. Malas nak dipanjangkan kat sini.
.

Ah, tapi ada citer best tadi.
.

Aku replace kelas Pauline (PhD USM) dan ajar kelas tutorial dia. Disebabkan banyak bebudak pendidikan yang amik MAT 122 - Persamaan Pembezaan I, aku tanya la waktu mengajar, suruh diorang angkat tangan bagi budak dari Ed School. Kira separuh-separuh la.
.

Waktu nak keluar, 2 orang budak chinese nih tak keluar lagi. ‘Oh, kamu math student kan?’, sebab aku perasan tadi dia angkat tangan, aku tanya dia, ‘tahun berapa?’ Dia bagitau la ‘first year’. Aku sambung-sambung lagi, ‘banyak juga bebudak pendidikan ambil paper ni,’ aku bercerita, ‘ada satu kelas saya student math dalam 10 peratus jer’. Diorang pun ala-ala buat muka amazed la, respon yang sewajarnya kot sebab pangkal kursus ni MAT, so selalunya bebudak math yang penuh.
.

Kemudian, salah seorang budak chinese tu bertanya, ‘kamu 2nd year kah?’ <– Ni jer motif aku citer dengan panjang lebar. Ha ha ha. 2nd year okey…

6 responses so far

Jan 09 2008

Not about getting there quickly

Published by flexin-am under After A Year

Tahun baru hijrah. Aku buat keputusan untuk lepak-lepak kat rumah Merbok. Walaupun semalam ada meeting debat, dengan En Nazru lagi, tapi aku kurang excited nak join. Mungkin sebab banyak sangat benda benda yang nak kena deal sekarang ni. So, lepas jer sorang student MAT 122 datang tanya soalan kat office aku, pelajar pertama yang datang tanya soalan kat office, aku balik rumah (USM) amik apa-apa yang patut dan kemudian balik Merbok selepas menghantar Pidin ke kelas tutorial.

Seperti kebiasaannya, tahun baru aku akan disambut tanpa membuat sebarang azam tahun baru. Tak kisah lah kalendar Masihi mahupun Hijriah, aku malas nak buat azam. Sebab bagi aku, azam ni sepatutnya diupdate dalam skala yang lebih pendek. Kalau dah satu tahun, baru nak bermuhasabah diri, maksudnya dalam 23 tahun hidup ni, kurang 20 kali la buat azam baru. Tapi tak kisahlah. Aku jer yang saja malas nak buat azam, so ala ala mencipta alasanlah sebenarnya.

Hidup aku sekarang agak kurang ‘hectic’. Plain job. Prepare tutorial, gi mengajar, duk kelas sit in. Aku skip sekejap fasal PhD. Aku kira-kira dah dekat 4 bulan sejak aku balik Malaysia. Dan dalam 4 bulan ni jugaklah, semua bebenda yang urus untuk PhD macam sia-sia. Nak kena mula lain pulak.

So, aku rasa aku nak biar dulu lah fasal PhD nih. Ada rezeki,ada jer.

Lagipun aku mengingatkan kembali benda-benda yang aku rindu waktu kat UK dulu.

Menghargai bebenda yang mudah tapi sangat bernilai harganya:

- Melepak di Khalil dengan kengkawan
- Merasai terik mentari dan bukannya dingin musim sejuk
- Melantak fastfood seperti KFC dan McD.
- Melepak di rumah tak berbaju dan bukannya berstokin dan berbaju sejuk seperti di UK
- Makan makanan Malaysia
- Melepak dengan family.

Sorry ar Abg Tra dan Mahadi jika aku mengingatkan korang kepada benda-benda nih.

Cumanya, aku sedar yang hidup ini bukanlah hanya untuk bergerak pantas. Kadangkala di perhentian, perlu juga menarik nafas dan merasai nikmat yang ada disekelilingnya.Makan_baling

Teringat aku bercakap dengan Zali (kalo tak silap) waktu trip kitorang ari tu. Waktu kat Baling, bebudak nih suma macam enjoy jer pusing-pusing pekan Baling yang kecik tuh.

Walaupun waktu tu dah agak lewat, dan sepatutnya kitorang dah mula bergerak ke Kolam Air Panas Legong, aku cakap,’Takpelah, biarlah diorang lepak-lepak dulu. It’s not about getting there as fast as we could (oops, speaking la plak), it’s about enjoying every moment we have here‘.

Dan aku tahu, dalam tunggang langgang mengapply PhD ini, aku perlu percaya apa yang aku cakap sebentar tadi.

[Gambar: kat restoran kat Baling]

7 responses so far

Jan 07 2008

Lata Bayu & Legong

Published by flexin-am under After A Year

So, kitorang bebudak debat buat day-trip ke Lata Bayu dan Kolam Air Panas Legong.
Semalam hari Ahad, kitorang gi naik 3 kereta
.

Wira: Azhar, Fuad, Ika, Ida & Mahfuzah
Kelisa: Aku, Zali, Imah, Sanam (kawan Imah) & Nurul
Kancil: Pidin, Bob, Zakia, Allim & Diyana
Latabayu

[Gambar takde Fuad sebab amik Fuad kat Masjid Seberang Jaya]
Perjalanan ke Lata Bayu tu mengambil masa lebih kurang 2 jam gak la disebabkan kereta sewa yang Pidin/Bob bawak takleh dibawa laju-laju. Kalo tak, bergegar.
.

So, sesampainya kat Lata Bayu, kitorang pun buat barbeque. Disebabkan aku driver, maka bleh la mengelat2 sikit dari tak buat kerja banyak waktu barbeque memandangkan aku nih lemah sikit bab2 aktiviti luar nih.
.

Bakar
So, Zali la sebagai ‘bekas ranjer hutan Sarawak’ ler yang menerajui acara membakar-bakar ayam dan sosej yang ada.

Okey sangat. Sedap sehingga menjilat jari kaki…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lepas dah berendam-rendam, kitorang main game. Team 2 lelaki satu perempuan. Bebudak perempuan sebagai tukang pegang jer. Lelaki kena tangkap objek yang dibaling oleh Zakia ke dalam sungai.
.

Team 1: Pidin pilih Bob dan Diyana.
Team 2: Aku pilih Fuad sebab nampak cam ada potensi besar untuk menang kalo ada Fuad (pemilihan yang agak selfish k). Pastu Ika join kitorang
Team 3: Allim, Azhar dan Mahfuzah.
.

Round 1, team aku menang. He he. Aku siap keji lagi. Waktu objek tu dibaling ke arah Bob, dan Bob nak capai amik, aku tarik dia supaya Fuad bleh amik objek tu. Bob cakap aku keji. Oh, takleh yek? Aku slalu tengok dalam Survivor ala-ala boleh camtu. Sorry Bob..
.

Latabayu2Round 2, rematch. Team aku menang lagi. Overall dapat 12 daripada dekat 30 objek. Aku dapat tangkap 4 jer. Fuad la yang menangkap selebihnya.
.

Lepas tu, kitorang main game 10 soalan. Lawan antara kereta. Setiap kereta kena tanya 10 soalan kepada 2 kereta yang lain. Soalan yang berkaitan dengan perjalanan kitorang ke Lata Bayu.
.

Beberapa soalan menarik
Team Wira tanya: ‘Berapakah bilangan langkah Pidin bila dia keluar dari kereta di depan masjid USM?’ Boleh soalan camtu
Team kitorang tanya (tapi soalan ni tak sah disebabkan pertikaian peraturan permainan) ‘Siapakah nama orang tol kat Tol Kulim’. Jawapannya Hasrul Sani. Team Azhar jawab dengan betul sebenarnya.
Team Pidin tanya ‘Berapakah bilangan tiang di depan bangunan main office Desa Aman’. Aku teka-teka dapat betul - tujuh - jawapan yang menyelamatkan team aku dari kalah. Lompatbaling_1
Kitorang berjaya menserikan keadaan dan mengelakkan dari didenda.
.

Pastu kitorang gi minum petang kat Baling. Pekan Baling tu kecik jer, tapi ada jugak la daya tarikannya.
.

Gambar kat sebelah: Melompat di depan Gunung Baling.

.
.
.
.
Legong Last-last lebih kurang 7.30 malam, sampai gak kat Kolam Air Panas Legong.
.

Sempat la aku berposing ala-ala ‘pose swimming pool’ kat sinih. Walopun hakikatnya air dia panas sangat. Zali jer yang masuk sampai ke tahap dada. Aku ngan Allim masuk sampai area pusat jer. Sebab tak tahan panas. Budak pompuan, Ida sorang jer yang masuk lebih skit. Yang lain-lain semuanya ala-ala panaskan kaki jer.
.

Komen di air panas …. menginsafkan.. he he.

Pastu by 11.30p.m., kitorang pun sampai di USM.

10 responses so far

Jan 03 2008

GRE Tragedy: What a start for 2008

Published by flexin-am under After A Year

Tajuk pun dah menyatakan segalanya. First of all, thanks kepada kengkawan yang tak sudah-sudah mengucapkan ‘good luck’ sebelum aku pergi peperiksaan GRE. I always appreciate it.
.

Tapi rupanya aku memang memerlukan ‘luck’ yang lebih semalam. Because I was out of luck, I was facing one of a big ’slam in my head’ of the year, so far. Baru tiga hari tahun baru, dah ada rekod buruk.
.

My GRE? It was ruined. And yes I mean it..
.

Aku tak dapat sit for GRE. Pidin tanya waktu amik aku balik dari Sg Nibong, ‘ko tak jaga ke?’. Nope..
.

Aku tiba di bangunan GRE dengan agak awal. Dalam pukul 11 lebih dah sampai. Patutnya exam pukul 1 petang. Aku terus ke Prometric, tingkat 15. Bangunan tu betul-betul sebelah Hotel Sheraton.
.

Tak perlu tunggu lama, drama pun bermula. ‘Do you bring your passport?’ an Indian/Singh lady asked me. I said, ‘no. Can I use my IC (as a form of identification)’.
.

‘NO’, diikuti dengan explanation dia yang panjang. Aku kaget. Mana nak amik passport? Sekarang ni kat KL. Passport tinggal kat rumah kat Merbok.
.

Dia tanya aku takde amik sekolah kat KL ke, yang bleh mengesahkan yang aku ni student. Aku cakap takde. Dia tanya lagi, takde ke amik course BI ke aper ke kat KL nih? Aku cakap takde. ‘I was studying in Kedah, and then USM, and then I went to UK.’ Pertama kali aku menghighlightkan ‘UK’ untuk tujuan attacking. Geram gak, ala ala cam orang KL jer yang bleh amik GRE nih. Abis orang negeri lain, kalo ada problem camni, nak buat camna?
.

Cerita dia sebab ni. Kerana GRE nih agak tegas aka rigid, diorang tak bagi present IC. Diorang cakap, kena IC yang ada picture dan signature. Ayatnya seperti di bawah
.

IDENTIFICATION POLICY

Identification
requirements are strictly enforced. If you arrive at the test center
without the required ID, you will not be admitted and you will forfeit
your test fee.
The name given when you scheduled must match the
name on the ID that you will present at the test center. This ID must
also contain your signature and a recent, recognizable photograph.

If
testing OUTSIDE your country of citizenship, YOU MUST PRESENT YOUR
PASSPORT as your primary ID document. If testing WITHIN your country of
citizenship, you must present either a passport with photograph and
signature, driver’s license with photograph and signature, state ID
with photograph and signature, national ID with photograph and
signature, or military ID with photograph and signature.

Maka berdasarkan pemahaman, disebabkan aku test WITHIN my country of citizenship, maka aku boleh either bawa passport, driver license atau IC. As simple as that. Rupanya definition aku tak betul. Kena ada national ID with photograph and signature. Dan ‘luckily’ Malaysian ID takde signature kita di atasnya.
.

Aku betul-betul mati kutu waktu tu. Macam orang kalah judi, aku hilang segala emosi aku. Cuma sedar yang aku ni dalam trouble jer. Aku call Kak Khalidah, sebab dia akan amik GRE gak 17hb nih, dia yang panic. Aku pulak yang menenangkannya. Sebab aku betul-betul tak tau nak buat apa.
.

Aku come out dengan idea, ’so if I get a police verification, saying that I am a citizenship of Malaysia, can I use that?’. Dalam telahan aku, kalo sekolah bleh sahkan, takkan la polis takleh. Dia call bos dia. Bos dia cakap takleh.
.

Aku masih lagi termangu-mangu kat depan pejabat. Seorang chinese yang nak amik GRE gak sempat bersembang dengan aku. Dia bawak sebab diorang call. Oh, memang diorang call aku, tapi waktu tu aku tengah solat. Aku call balik, cakap ’somebody call me’, dia plak cam tak faham. Mana la aku tahu tu dari benda nih.
.

Last-last sorang kakak Melayu (30 an) datang. Dia cakap yang dia pun dah face benda yang sama. So aku tanya dia dia buat camner. ‘Buat apa? Burn la’.
.

Oh, burn la ek? Macam tu la kot aku fikir.
.

Last-last aku mengaku kalah, betul-betul macam orang kalah judi. Indian/Singh lady tadi betul-betul bersimpati dengan aku. ‘I’m so sorry, and I feel really sorry for you’. Aku tahu dia cakap dengan jujur. Walaupun aku rasa yang aku layak untuk panik dan menyembur sebab tak terima IC, tapi aku macam hilang emosi tuh. Dia menambah dalam BI, maksudnya lebih kurang macam ni la, ’setiap yang berlaku tu ada hikmahnya’.
.

Well, if a non-muslim can see it that way, I should be able to. Aku terima, dan melangkah keluar dengan redha. Abis la GRE aku.
.

Oh, duit pendaftaran? Burn laa 170 dollar US. Macam anak orang kaya, aku cakap kat sendiri, ‘takpelah. nak buat camner. nanti daftar lain lah’. Duit tu duit yang aku simpan waktu kat UK ari tu. Ada lagi baki-baki. Dah bukan rezeki, takper la.
.

Aku fikir camni jer. Sekurang-kurangnya, aku bleh selamatkan Kak Khalidah daripada terburn jer duit dia camtu. Kalo ikut plan awal, aku cadang nak amik sekali dengan dia pada 17hb nih, dah conform kitorang dua-dua kalah judi bersama-sama.
.

Disebabkan tragedi malang nih, maka aku pun balik semalam jugak. Sampai 3 pagi kat USM. Ni baru jer lepas abis mengajar tutorial.
.

Biarlah. At least, with a bad beginning, it can’t get any worse than this for this year (figure of speech jer..)

11 responses so far

Jan 01 2008

Housemates

Published by flexin-am under After A Year

8.20 pagi. Aku dah tercangok depan PC dalam office. Awal giler datang hari ni. Housemates aku ada kelas pukul 8 kat DK.

Oh, aku dah pindah masuk dalam rumah transit kat belakang Aman Damai. Ala ala flat bentuknya. Rumah ni patutnya untuk family, sebab ada 2 bilik. So, disebabkan aku tak nak la duk sorang, aku ajak ler 2 budak debat - Pidin dan Zali join sekali. Pidin sebagai drebar (kengkadang rasa malas nak drive, suruh dia bawak) dan Zali lak jadi Biro Kerohanian (tukang kejut subuh).

Baru jer pindah masuk dalam 2 hari lepas. Tak sempat nak lepak lama sikit, petang ni aku kena pergi KL. Exam GRE esok, dekat Jalan Sultan Ismail. Katanya bleh turun kat LRT Dang Wangi. Walaupun kepala otak aku tak dapat nak melakar kat mana tempat tu (bersambung dengan Hotel Sheraton bangunannya), tapi kalo dah tau nak turun stesen mana, belasah jer la.

3 responses so far