Jan 17 2008

Custody and handphone

Published by flexin-am at 8:28 pm under After A Year

Sekarang ni, hanya aku dengan Pidin jer yang menjadi penghuni tetap rumah transit tuh. Zali, daripada hari tu masih belum pindah-pindah masuk. Bak orang-orang berebut anak, aku dan Pidin vs roommate-roommate Zali (bleh tak bubuh kata ganda bagi perkataan BI?) pakat-pakat me’psycho’ Zali supaya duduk dengan kitorang/diorang.
.

Terasa macam berebut hang penjagaan la pulak. Last-last Zali la yang tertekan. Asal cakap fasal suruh pindah masuk, habis merah muka-muka. Tengok la camna. Sapa yang dapat hak penjagaan, kes mahkamah ditangguhkan.
.

Handphone

Setelah 4 tahun dengan handphone lama, aku buat keputusan untuk beli handphone baru. Semalam, seharian jugakla Pidin terpaksa meneman aku pusing-pusing cari handphone. Last last beli kat Queensbay - Sony Ericsson W660i warna merah. Saja cari yang ada bluetooth sebab Kelisa aku support handsfree bluetooth. Siap masuk dalam speaker kereta lagi suara kalo orang call.
.Sony_w660i_red

Tahniah kepada Diyana (USM Debat) kerana berjaya menerima panggilan pertama dari aku (dan Pidin sebenarnya) dalam perjalanan pulang dari Queensbay.
.

Zakia dan Diyana tanya, ‘apsal beli kaler merah?’. Aku cakap, ’sebab jarang orang guna warna merah, nanti kalo korang nampak or
ang lain guna, korang mesti cakap, ‘eh, macam handphone Abang Am’ ‘, aku berseloroh sedikit.
.

[Gambar: Gambar studio bagi handphone tersebut. Dalam gambar jer nampak 'sangat cantik' camnih. Realitinya, agak biasa sebenarnya]
.

So semalam aku teruja la sedikit memindahkan lagu-lagu masuk ke dalam handphone. Yer la, handphone dulu setakat bermesej dan takde kaler, handphone baru ada kamera, Bluetooth, MP3 supported dan 3G, maka teruja la sedikit (seperti lagu Ella Teruja). So, aku telah pun mengassign ringtones seperti berikut:-
.

Nada mesej: The Veronicas - 4ever (soundtrack lagu She’s The Man)
Nada dering umum : Simple Plan - When I’m Gone
Nada dering family (baru assign kat mak jer setakat ini) : Blue - One Love (sebab ada lirik ‘one love for the mother’s pride, one love…’
.

Nada dering berikut diassign sebab tengah ‘perak’ awal-awal dapat handphone
Nada dering Pidin: The Veronicas - 4ever (kena ubah nih Pidin sebab sama ngan mesej la)
Nada dering Zakia: Mirwana - Hikmah Kembara
Nada dering Diyana: Pussycats Dolls - Buttons (ada sebabnya, biarjer la bebudak debat yang tahu ek)
Nada dering ‘adelah’: Backstreet Boys - Helpless When She Smiles (aper salah ke kalo aku jiwang sikit-sikit?)
.

2008 Predictions 

Aku sepatutnya menjawab 2008 Prediction yang dibuat oleh kawan-kawan pada tahun lepas (Rujuk 2008 Predictions (by friends)). Tapi cam malas skit sekarang nih. Nanti-nanti ek.




9 Responses to “Custody and handphone”

  1.   Dijahon 17 Jan 2008 at 9:03 pm

    Am, ko ada ipod tak? hahaha

  2.   Lutfi Amrion 18 Jan 2008 at 12:38 am

    kak dijah, tidak, saya tidak punya ipod seperti orang itu…

  3.   Aznation 18 Jan 2008 at 4:46 am

    Sorang lagi yang bertukar kpd Sony Ericsson….congrat ler am.br jer achik tunggu ari tu kat Uitm kan…

  4.   Aznation 18 Jan 2008 at 4:47 am

    Sorang lagi yang bertukar kpd Sony Ericsson….congrat ler am.br jer achik tegur kat Uitm kan ari tu …

  5.   dZuLon 18 Jan 2008 at 9:44 am

    welcome to the sony ericson world of communication.

  6.   Princesson 20 Jan 2008 at 4:48 pm

    haha ure so cute its funny… (not saying ur looks cute, but ur actions :-))

  7.   Razalion 22 Jan 2008 at 12:43 pm

    Sont ericson…Huih…mahal tu… Malas la nak pakai…Pakai Nokia 3310 la…Buleh beli 50 bijik

  8.   Mohd Farizon 27 Jan 2008 at 7:55 am

    [Aku xleh post, dia kata comment spam..sob sob]

  9.   Mohd Farizon 27 Jan 2008 at 8:05 am

    Awat susah sgt nak post comment ni, asyik kata comment spam ja..warghhh

Comments RSS

Leave a Reply