Jan 26 2008

GRE Round 2

Published by flexin-am at 8:45 pm under All About Me

Jumaat malam, aku bertolak sekali lagi ke KL. Mula-mula ingat nak belasah pergi sorang jer. Pastu kebetulan Syafiq dan Allim pun kena pergi jugak sebab ada pertandingan pidato kat UPM. So kitorang pun pergi la sekali naik bas transnasional.

Aku dah register GRE dalam 1 minggu sebelum. Thanks to Mahadi sebab guna kad debit dia. Eh Mahadi, aku tak bayar lagi kat hang duit tuh. Pergi ni pun ala-ala belasah jawab jer. Aku study la part Verbal, sebab yang tu cam IQ sikit. Malas nak fokus lebih-lebih sebab Dekan aku cam nak suruh gi New Zealand. GRE ni gunanya untuk kemasukan ke US jer.

Sampai kat Pudu dalam kul 4 nak dekat-dekat 5 pagi. Awal giler. Nasib baik ler ada Allim dan Syafiq, tak ler terasa bosan sangat. Tapi memandangkan aku dah beli tiket balik kul 11 malam, so terasa la yang hari ni nampaknya panjang gak.

Dipendekkan cerita dalam kul 7 kitorang dah sampai kat KL Central sebab diorang nak gi UPM naik Komuter. So, aku call ler Maharuddin, cadang nak ajak dia lepak sekali. Sampai tertidur aku kat KL Central tuh, dah nak dekat kul 8 baru ler Maharuddin balas balik mesej. Dsc00062Dia cakap yg dia tersilent phone a.k.a baru bangun tido.

[Gambar: Restoran Victoria Station kat sebelah Courts Mammoth kat AsiaJaya. Sangat mengingatkan aku kat London sebab logo dia sebenarnya imitasi Tube Station dan juga simbol Underground UK.]

Diskipkan cerita lagi, aku dah sampai kat GRE punya tempat. Lepas jawab exam, result bahagian objektif terus keluar. So okey la. Untuk Verbal part yang mengandungi soalan-soalan bahasa yang berbentuk IQ, aku dapat 410/800. Untuk Analytical Part yang mengandungi soalan-soalan math yang agak asas, sedikit tricky, tapi sepatutnya mampu dijawab oleh semua budak math 1st year undergrad, aku dapat 770/800. Nampak la sedap sikit mata memandang. To be fair, soalan tu memang math, so wajar ler aku budak math bleh jawab ye tak.

Dsc00065Dipendekkan dan diskipkan cerita, kitorang terlanded kat Midvalley.

Sementara nak menunggu bas kul 11, kitorang sempat la pergi makan-makan kat Chicken Rice Shop, pastu makan McFlurry kat McD, tengok-tengok menatang kat Pet Shop dan aku gi beli baju kat Jusco.

Dah kul 9 lebih baru bertolak ke Pudu. Aku - dengan tak mandi dekat sehari waktu tu, siap terduduk lagi ketika menunggu komuter ke KL Central.26012008016

[Gambar: aku dan Syafiq yang terduduk kat depan line kuning]

Kul 3 pagi, sampai Sg Nibong.




3 Responses to “GRE Round 2”

  1.   Mohd Farizon 27 Jan 2008 at 7:59 am

    [Recall msg from Underground Train Station] “Mind the gap !”

  2.   Razalion 29 Jan 2008 at 7:19 pm

    Hahahah,,,…GRE lagi Lutfi… Pi MidValley…syoknye…buleh cuci mata…

  3.   Razalion 29 Jan 2008 at 7:21 pm

    Pas tu ambil gambar signboard ape tah…. mcm kat london erk… hampeh

Comments RSS

Leave a Reply