Jan 09 2008

Not about getting there quickly

Published by flexin-am at 11:40 pm under After A Year

Tahun baru hijrah. Aku buat keputusan untuk lepak-lepak kat rumah Merbok. Walaupun semalam ada meeting debat, dengan En Nazru lagi, tapi aku kurang excited nak join. Mungkin sebab banyak sangat benda benda yang nak kena deal sekarang ni. So, lepas jer sorang student MAT 122 datang tanya soalan kat office aku, pelajar pertama yang datang tanya soalan kat office, aku balik rumah (USM) amik apa-apa yang patut dan kemudian balik Merbok selepas menghantar Pidin ke kelas tutorial.

Seperti kebiasaannya, tahun baru aku akan disambut tanpa membuat sebarang azam tahun baru. Tak kisah lah kalendar Masihi mahupun Hijriah, aku malas nak buat azam. Sebab bagi aku, azam ni sepatutnya diupdate dalam skala yang lebih pendek. Kalau dah satu tahun, baru nak bermuhasabah diri, maksudnya dalam 23 tahun hidup ni, kurang 20 kali la buat azam baru. Tapi tak kisahlah. Aku jer yang saja malas nak buat azam, so ala ala mencipta alasanlah sebenarnya.

Hidup aku sekarang agak kurang ‘hectic’. Plain job. Prepare tutorial, gi mengajar, duk kelas sit in. Aku skip sekejap fasal PhD. Aku kira-kira dah dekat 4 bulan sejak aku balik Malaysia. Dan dalam 4 bulan ni jugaklah, semua bebenda yang urus untuk PhD macam sia-sia. Nak kena mula lain pulak.

So, aku rasa aku nak biar dulu lah fasal PhD nih. Ada rezeki,ada jer.

Lagipun aku mengingatkan kembali benda-benda yang aku rindu waktu kat UK dulu.

Menghargai bebenda yang mudah tapi sangat bernilai harganya:

- Melepak di Khalil dengan kengkawan
- Merasai terik mentari dan bukannya dingin musim sejuk
- Melantak fastfood seperti KFC dan McD.
- Melepak di rumah tak berbaju dan bukannya berstokin dan berbaju sejuk seperti di UK
- Makan makanan Malaysia
- Melepak dengan family.

Sorry ar Abg Tra dan Mahadi jika aku mengingatkan korang kepada benda-benda nih.

Cumanya, aku sedar yang hidup ini bukanlah hanya untuk bergerak pantas. Kadangkala di perhentian, perlu juga menarik nafas dan merasai nikmat yang ada disekelilingnya.Makan_baling

Teringat aku bercakap dengan Zali (kalo tak silap) waktu trip kitorang ari tu. Waktu kat Baling, bebudak nih suma macam enjoy jer pusing-pusing pekan Baling yang kecik tuh.

Walaupun waktu tu dah agak lewat, dan sepatutnya kitorang dah mula bergerak ke Kolam Air Panas Legong, aku cakap,’Takpelah, biarlah diorang lepak-lepak dulu. It’s not about getting there as fast as we could (oops, speaking la plak), it’s about enjoying every moment we have here‘.

Dan aku tahu, dalam tunggang langgang mengapply PhD ini, aku perlu percaya apa yang aku cakap sebentar tadi.

[Gambar: kat restoran kat Baling]




7 Responses to “Not about getting there quickly”

  1.   Machinaon 10 Jan 2008 at 12:25 am

    keji…kureng…
    Argh……

  2.   Faizaon 10 Jan 2008 at 4:49 am

    sesungguhnya Allah swt tahu apa yg terbaik utk kita,rite…:P
    all the best Am…:P

  3.   tramizion 10 Jan 2008 at 5:43 am

    keji tetap keji…
    but yes, agree with you
    just open our eyes and appreciate the moments as long as we could, it’s not so hard isn’t?

  4.   Mohd Farizon 10 Jan 2008 at 7:58 am

    Azam tahun baru? What is that? Do I know you? [Sarcastically]

  5.   Razalion 10 Jan 2008 at 9:39 am

    Hmmm…No comment…Azam..azam azam azam….buat le azam…Yang paling2 cincai…kawin…

  6.   Razalion 10 Jan 2008 at 9:42 am

    Hmmm…No comment… Azam..azam azam azam….buat le azam…
    Syoknye hang….buleh mengajar… rileks2… jer kan.. Btol….azam kene buat tiap2 hari..sbb tu sblom tido kene buat muhasabah diri…. Nabi buat, sahabat buat, tabiin buat, tabi’ tabiin buat n kita…. ikut le…kalu ade kekuatan buat le…Kalo tak de mcm aku nih…Seminggu sekali tu pown dah kire ok la…

  7.   Mahadion 11 Jan 2008 at 10:21 am

    komen lepas reda emosi…
    Ish, patut lepak ja pekan baling tu smpai tgh malam, masuk kolam tu masa tgh malam baru orait.
    Masuk awai2 kureng sesuai, ‘adik’ pun marah.
    haha..

Comments RSS

Leave a Reply