Feb 26 2008

Beg Hijau

Published by flexin-am at 7:56 pm under After A Year

Ular

Last night was a lil bit of drama. Ular sawa yang sebesar betis Bob (debat USM) melingkar di tepi longkang seberang rumah aku kat USM.

Ular

Dzul (Bio USM) tengah ada dengan aku waktu tu. So, aku terus la call Pak Guard. Dalam 15 minit lepas tu, diorang pun sampai (aku salah bg info nama blok so diorang tersalah pergi kat Cahaya). Dalam 5-6 orang Pak Guard mengelilingi ular sawa yang panjangnya ader la 3 meter at least, dan last last dapat jugak tangkap. Ular sawa tu tak la melawan sangat.

Beg

Enough about snake, we jump to a totally different story with a different mood. Aku baru jer dekat sejam balik dari tutorial. Aku singgah jap Bistro sebab cadangnya nak beli kuih tapi banyak sangat orang. Melepasi la kawasan DK yang banyak bebudak buka kaunter.

Tetiba, seorang mamat chinese nih memanggil-manggil aku, ‘excuse me, excuse me’, tapi aku ingatkan dia panggil orang lain. Rupanya dia terperasan yang aku tengah bawa beg hijau galas. Beg hijau tu yang beg diorang bagi waktu Debat Perpaduan itu hari. Aku guna untuk boh aku punya barang-barang tutorial.

Dia cakap la yang dia nak tangkap gambar aku (erk) sebab katanya diorang ada projek in the future (dia duk kat kaunter mana ntah tadi) yang nak menggalakkan penggunaan beg yang macam aku sedang sandang itu. Oooh, aku seolah-olah faham tetapi masih lagi ala-ala sentap sebab perlu ke amik gambar some random passerby? Tapi sebab konsep aku  - mencapap jer.. so snap, aku sengih ala-ala membidas diri sendiri waktu dia tangkap gambar aku.

[Both pix, gambar aku dengan beg dan ular tuh nanti-nanti la aku upload sebab tak bawak lak wayar transfer dan gambar ular ada kat Dzul]




2 Responses to “Beg Hijau”

  1.   hudaon 27 Feb 2008 at 2:18 am

    hihihihi…boleh lak mcm tu=)
    galamor kerana beg la pulak..
    tapi am ni mmg byk cerita yg best la happened in your life=)

  2.   Mohd Farizon 14 Mar 2008 at 11:04 am

    ang ada gambar ular sawa tu?? Gimmee~~ anyway, gambar kita kt alor setar Ali dah poskan kt aku, nanti aku bg kt ang..camna ya?

Comments RSS

Leave a Reply