Archive for February, 2008

Feb 09 2008

Men get cranky when they are hungry

Published by flexin-am under After A Year

Dalam pukul 11 lebih aku bangun. Disebabkan kat rumah, so boleh la surf internet dulu awal-awal pagi, check email, news (entertainment news sebenarnya), dan friendster. Email - ada 2, sekadar orang mengupdate blog friendster dan sorang lagi baru update profile. News - WGA Strike kat Amerika dah buat meeting dengan tv producer - so probably dalam tempoh terdekat, citer-citer macam Ugly Betty, Desperate Housewives dan Heroes akan disambung balik la rakamannya.
.

Seorang kawan aku tengah online. Panggil ‘Shila’, bukan nama sebenar. So Shila ni chat la dengan aku sebaris dua. Tetiba tengah-tengah aku chat, pakwe Shila nih, ‘Zali’ (juga bukan nama sebenar walopun macam sengaja dikaitkan dengan nama-nama budak debat) call aku.
.

Terkejut sekejap aku dapat panggilan dari Zali dengan nada yang agak marah sebenarnya. Dia bagitau yang dia call Shila tapi tak dapat-dapat dan dia tengah menunggu kat bawah. Aku bagitau la Zali yang aku tengah chat dengan Shila sekarang ni. So, aku pun bagitau la Shila yang balak dia tengah menunggu dia kat bawah.
.

Aku hantar mesej kat Zali, ‘kalo dia dah turun bagitau’. Lepas beberapa lama, Zali pun balas, ‘Dah… Kita lapaq dok tngu dia mcm nak pgsan.’
.

Aku tersenyum sedikit. Kalau biasanya perempuan tunggu lelaki lewat, dia akan marah sebab bosan etc. Lelaki biasanya marah sebab lapaq. (Kalo x lapaq, maybe dia tak kisah menunggu). Aku fikir-fikir balik, aku jenis tu kah? Adakah perkara ini umum dalam kalangan lelaki.Kimi_1
.

Ar… betul gak kot, kalo tunggu Shila (merujuk kepada Shila yang sebenar) nak pergi makan, aku agak cranky sebab dia bersiap lambat. Dan aku sangat happy kalo orang nak belanja makan. Yup yup, I get cranky when I am hungry but I am happy when I can eat for free. Padan ler aku tertekan kat UK dulu. Selalu sangat lapar…
.

Moral of The Story (to ladies!!): Kalo nak bawak lelaki pergi shopping, make sure perut diorang dah penuh dengan makanan supaya mendapat moral support yang penuh!

[Gambar: Pidin dan Kimi kat Pizza Queensbay. Kimi - model untuk post kali ini. Boleh la kan?? (Ye tak Nurul!) Ha ha]

9 responses so far

Feb 07 2008

7 Old Pictures

Published by flexin-am under When I was a boy...

Aku baru jer lepas transfer gambar-gambar dari hard disk lama. Tengok-tengok balik kat gambar-gambar lama, tersenyum sedikit aku. Semua gambar-gambar ni diambil sebelum aku fly. Like people said that a picture worth a thousand words, maka aku boh la kat sini:-

Pix 1: Ayu, aku dan Shila

Old6

Kitorang kat pertandingan pidato kat Putrajaya waktu ni. Sementara bebudak tu dok berpidato, aku, Shila, Ayu dan Dayah (Fizik) keluar bergambar kat area-area tu.

Pix 2: Dengan seorang budak Nihon Fukushi Uni yang aku dah lupa namanya

Old4

Kitorang kat Hospital Pulau Pinang. Ada pameran Persatuan Pengguna Pulau Pinang kat situ. Tu yang ada gula kat atas tin minuman tu menunjukkan banyak mana gula yang terkandung dalam satu tin air karbonat tu laa. Waktu ni ada rombongan bebudak dari Jepun ke USM. Aku mengikut tolong2 jer.

Pix 3: Maharuddin Pix2
Gambar kat Harapan. Maharuddin baru balik dari bilik aku.

Pix 4: Mahadi dan akuOld3
Waktu tu baru beli kamera. So ala-ala jalan-jalan naik motor kat pantai seagate. Gambar ni berlatarbelakangkan Pulau Jerjak

Pix 5 : Joe dan aku Old7

First and only time aku jadi first speaker waktu tournament debat (Debat LLM).  Ni kitorang tengah dinner kat Dewan apertah namanya kat UIA. Dah sesat abis-abisan dah pusing UIA cari tempat dinner tak jumpa.

Pix 6: Dengan bebudak math Old5
Kitorang ada sesi bergambar dengan bebudak Math. So ni tengah menunggu giliran depan Dewan Budaya. Boleh nampak blazer2 yang tersusun kat belakang tu.

Pix 7: Dengan Shahrill
Old1
Gambar ni diambil waktu seminar BTN yang bebudak undergrad wajib amik kalo nak konvo (ye ke wajib??). Lepak-lepak depan foyer library. Sila kurangkan perhatian anda kepada mata aku yang nampak sedikit berbeza. Tengah menerai contact lense colour waktu tu. Ha ha. Sekarang mapuh ler takleh pakai. Tak pasal jer kena kutuk dengan bebudak tutor aku..

5 responses so far

Feb 06 2008

Disorientated

Published by flexin-am under After A Year

Hidung macam berair sikit. Ni mesti kes keluar masuk aircond. Makan macam2 yang bukan2. Aku sampai kat rumah dalam pukul 3 pagi semalam. Drive dalam 50 minit (kebiasaanya 1 jam atau bersamaan dengan 1 album Backstreet Boys - Unbreakable termasuk bonus track sekali). Ni, dah takde trafik. Lepas jumpa Abg Shah semalam, terus jer pederas balik ke Kedah (sila sebut pederas dengan sebutan yang betul).

Aku pun pergi la farmasi dekat pekan Merbok. Amik antibiotik dan ubat selsema. Beli satu Scott Emulsion sekali. Mak aku tanya lepas balik, ‘dah sakit baru ingat nak beli’.Aku jawab ‘Yerla, manusiakan memang macam tu’. Oops, terbidas pulak..

Lepas bayar duit kat kaunter farmasi, tetiba orang tu tegur. ‘Dah kahwin kan?’. Agaknya dia kenal aku kot, atau dia kenal bapak aku, atau entah.
Sentap dengan soalan itu. Aperkah?? [pengaruh kak dijah telah melanda blog aku].

~~~

I always hate day when debate ends. Aku tido petang semalam lepas final. Zali masih lagi di Sarawak (dia balik kampung sebab datuk dia meninggal). Pidin dah balik KL dengan bas UKM. Waktu aku tido petang, Fuad tengah layan citer Rambo kat komputer Pidin. Dalam pulul 6 petang aku bangun.

Biasa ler kalo tido petang, bila bangun rasa tak bermotivasi sikit. Sedar plak yang aku duk rumah sorang-sorang, terus terasa sunyi sikit. Mengingatkan aku pada perasaan waktu kat UK. Keadaan biasa pun rasa sunyi macam tu. Aku terus ala-ala rindukan housemate2 aku [Boleh tak camtu? Ha ha]

3 responses so far

Feb 06 2008

Debat Integriti 2008

Published by flexin-am under Debat

Sp3_finalFirst of all, Simple Plan new album will be released soon (today in Japan, 12th in US). Can’t wait for it!!!

Debat Integriti kat USM baru saja tamat semalam. Uniten lawan UM. Best Speaker kat Khaidzir Uniten, UM menang.

Minggu lepas antara minggu yang menarik. Selain dari jadi hakim, aku turut serta dalam training, postmortem harian bebudak debat USM. So abis-abis pertandingan debat jer, terus balik tido, bangun waktu Maghrib, makan-makan dan pergi join bebudak USM debat.

Cakap ngan Abang Bad (UiTM) nak bawak dia kuar jalan-jalan, aku sampai terlupa disebabkan sibuk sangat.

Overall, USM takler mengecewakan. Dapat masuk semi, tapi kalah dengan UM. Konsep okey, tapi backup tak strong. Bolehlah..

Abang Shah pun datang gak 2-3 hari. Kebetulan dia cuti dan shooting Cari Menantu dia kat Penang (Padang Kota to be precise). Jadi dia sempat gak la tengok waktu semi. Malam sebelum quarter, Farah Deeba (hos bersama Cari Menantu) pun sempat singgah sekejap dalam Bilik Mesyuarat Aman waktu kitorang tengah meeting ngan En Nazru. Bebudak debat yang perempuan sempat la bergambar dengan posing tak hingat dengan Farah Deeba. Suma gambar tu Nurul simpan. Aku tak amik lagi, so takleh la boh sini.

No responses yet

« Prev