Mar 10 2008
Pengadil
Setiap kali email baru sampai, aku akan sedikit berdebar. Masih menunggu pengadil aku untuk menghantar email ke Durham. Baru sebentar tadi Dr Jacques Furter, penyelia disertasi aku mengesahkan yang dia telah menghantar email ke Durham sebagai sokongan (perlukan 2 surat sokongan untuk ijazah lanjutan di UK, dan Malaysia, 3 jika mahu ke US).
.
Tiba-tiba terasa sedikit lain.
Aku sedang menghitung hari. Sebulan lagi, InsyaAllah jika tidak ada aral. Jika ada aral? Aku rasa aku lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sekurang-kurangnya itulah yang aku fikirkan. Entah betul entah tidak. (Kenapa blog kali ni bunyi macam cerpen skit?)
.
Dua hari lalu. Keputusan pilihan raya. Rahyla (x-KUSTEM, x-UUM Master) tegur aku melalui YM. ‘Sudah tak sabar untuk fly lah tu?’, lebih kurang begitu bunyi ayatnya, mungkin kurang formal daripada yang aku taip.
.
‘Taak. Malam ni tengah busy dengan result pilihan raya’. Berjaga aku satu famili menunggu keputusan. Aku bukan orang politik. Aku tidak juga minat politik. Aku bukan pengundi atas pagar kerna aku tahu ideologi politik aku. Cuma aku tidak suka berbincang dengan orang ramai - baik seideologi ataupun tidak.
.
Kerana aku rasa aku lebih neutral. Perbualan politik dengan orang yang aku selesa - kawan rapat aku - biasanya akan menyokong dan mempertikai kedua-dua pihak. Baik BN mahupun BA. Bagi aku, sebagai budak debat aku perlu lebih terbuka. Semudah itu. Di akhirnya, 1 pangkah untuk DUN dan 1 pangkah untuk parlimen aku beri kepada yang aku yakini.
.
Aku ketawa kecil di dalam hati. Tak sangka pula aku boleh sebegitu serius bila bercakap hal pilihanraya.
.
Aku perlu menumpukan perhatian dengan hidup aku. Aku masih di rumah. Pidin menghantar mesej tadi bertanya aku di mana. Masih di rumah sejak Jumaat lepas. Terasa yang aku perlu menghabiskan masa-masa berharga ini dengan famili. Biarpun aku sekadar menghadap komputer riba dan tidur sampai tengah hari. Sebulan lagi…
Hmm..aku pun x tido sampai kui 2am sebab tersangkut ngan keputusan pilihanraya tu la..ngok ngek ngok ngek ngan mak aku, pot pet pot pet..sedar2 dah kui 2am..jawabnya sok bgn lambat la..woops~ ;p