‘It is over’, my friend said, marking our end in this era.
.
Aku baru sampai balik dari KL. Dalam kul 8.30 tadi. Semalam, aku turun USM. Lepak makan-makan pizza di USM, dan kemudian pack-pack barang dari rumah transit. Bebudak debat tolong.

Pizza
.
That’s it for the batch. Lepas aku fly, hampir separuh dah takde - Kimi, Shila, Nurul, Pidin, Zali. Kak Mar dah grad master itu hari. Kak Khalidah ada misi dia sendiri kat US. Aku berazam untuk balik tiap-tiap tahun, untuk handle Pumpkin Race dan jugak jumpa bebudak debat, supaya aku sentiasa kenal batch2 baru.
.
Note: Servis Pizza Hut di Sg 2 SANGAT teruk.
.
Spider
Pastu semalam, balik jer dari USM, rehat dalam 1 jam lebih, ayah aku menghantar lak gi SP, amik bas ke KL.
.

Pagi tadi pergi Kementerian Pengajian Tinggi kat Putrajaya. Aku contact Spider, dia datang la jumpa aku. Eh, apsal aku terlupa nak contact Naz dan Emmy ek? Ya Allah, lupa betul. Dah 3 kali pergi, aku tak teringat langsung nak contact diorang. Ish ish.
.
Pastu naik motor ngan Spider gi makan kat kedai makan dekat UPM. Pastu dia antar gi stesen monorel. Sempat la catch up sikit sebanyak. Sekurang-kurangnya lengkap la semua x-roommate aku kat C1-2-19 yang sempat aku jumpa - Fariz, Ali dan Spider.
.

Fariz, nih gambar Spider. Dah membesar dah dia sikit berbanding dulu. Tapi hang pun membesar jugak kan. So, no surprise there.
.
Urusan visa aku dah selesai. So, InsyaAllah, kalo USM dah tempat tiket untuk aku, 9hb ni laa fly.
.
Cikgu Aziz
.
Aku balik SP, bas rosak kat Ipoh. Naik bas apebenda ntah awalnya. Aku malas nak tunggu, terus aku naik bas Transnasional yang dah nak gerak dah, saja nak sampai awal. Terjumpa la dengan Kakak (crew Pumpkin Race 2).
.
Sampai SP dalam kul 7, gi makan kat kedai mamak kat Billion, terjumpa la pulak Cikgu Aziz, cikgu BM aku Form 5 dulu.
Sempat la update kat dia aktiviti kawan-kawan Form 5 dulu.
.
So, 2-3 hari aku nih dipenuhi dengan aktiviti berjumpa dengan rakan-rakan taulan dan keluarga. Esok nak pi jumpa bebudak Pumpkin Race (note: SMK Labu Besar masuk Bersamamu malam ni, kalo korang tengok laa)
.
Lusa, adik beradik nak datang lak.
.
Busy mengalahkan menang pilihanraya.