Mar 22 2008

Pumpkin Race 4

Published by flexin-am under All About Me

Currently feeling down after Pumpkin Race is ov
.

Aku buat Pumpkin Race lagi kat sekolah kak aku. Tahun ini buat 3 hari (sebelum ni Pumpkin Race 1 - Pumpkin Race 3 hanya 2 hari) dan Zakia (debat USM) dan Kak Khalidah (debat USM) pun join sekali. Saja ajak diorang dan bagi diorang jadi mentor untuk bebudak ni untuk hari pertama.
.

Pumpkinrace4_1
Kali ni aku buat konsep ‘Battle of the Sexes’. Kumpulan all-boys vs all-girls. Kak Khalidah kena jaga team ‘Dove’, team yang semuanya nama Aishah, manakala Zakia jaga team ‘Sweetheart’.
.

Tahun ni aku guna nama-nama brand sebagai nama kumpulan.
.

In the end of the day, Pumpkin Race 4 dimenangi oleh Enchanteur. Ranking seperti berikut:-
.

1. Enchanteur (girls team)
2. Smarties (boys team)
3. Sweetheart (girls team)
4. Per’l (aka Pearl, girls team)
5. Eveready (boys team)
6. Silky white (girls team)
7. Dashing (boys team)
8. Hotlink (boys team)
9. Energizer (boys team)
10. Koko Krunch (girls team)
11. Sunsilk (Girls Team)
12. Power Root (boys team)
13. 100+ (boys team)
14. Dove (girls team)
.

Tahun ni agak berlainan. Ada beberapa insiden kemalangan yang tak berapa best seperti cramp kaki yang agak teruk, lutut terseliuh, dan jugak luka tangan.
Tetapi overall, masih lagi fun seperti selalu. Mahadi, hang takdak so aku tak peduli langsung fasal camera. Suma tu bebudak form 6 yang handle.
.

Seperti biasa, lepas abis dari program, mula laa rasa cam tak best. But life has to go on. I’ve been telling them I’m going to come back to do this stuff again next year regardless where I will be. At least I proved it - tahun lepas aku balik 3 minggu dari UK buat Pumpkin Race.
.

Here’s the pix:-
Pumpkin4a

Hari Pertama - Game untuk mengumpul mata.

Pumpkin4b

Kak Khalidah dengan anak-anak buah dia.

Pumpkin4c

Hari ketiga: Aku tengah bagi explanation sebelum game.

Pumpkin4d

Group picture lepas final round.

4 responses so far

Mar 17 2008

New Release: Bila Ku Tiada

Published by flexin-am under Music

1.22 am. Pretty sleepy. But here’s the vids.

People who cannot see it probably because your university/college block YouTube, go and check out www.solarstreak.com/music
The video is there.

Notice to my students: DON’T SPREAD THIS OUT AMONG YOUR FELLOW COURSEMATES. Thank you (although I pretty much doubt you’re gonna keep it to yourself)

7 responses so far

Mar 16 2008

DHL

Published by flexin-am under After A Year

‘Satgi sampai kot’, aku cakap kat ayah aku. Tak fasal-fasal mak bapak aku pun terlibat sama dalam acara menunggu surat aku sampai dari UK. Menurut sistem tracking DHL, dah sampai di Pulau Pinang pada 9.30 pagi hari Jumaat lepas lagi, dan 7 malam lebih, diorang dah set delivery. Mungkin disebabkan cuti Sabtu Ahad, maka tak sampai lagi surat aku.

Aku terus cancel niat nak pergi KL hari ni. Sepatutnya nak turun KL untuk buat visa dan amik surat dari KPT. Dah takleh, maka minggu depan la pulak.

Sejak 1-2 minggu kebelakangan ni, aku duk melepak kat rumah Merbok jer. Pergi USM sehari dua, pastu balik. Ada chance jer balik. Yer laa.. tengah menghitung hari. Saja nak duk lama-lama sikit kat rumah sebelum fly.

3 responses so far

Mar 12 2008

The heat is on

Published by flexin-am under After A Year

Yeah, yeah. The heat is on. And I am not talking about politics in Malaysia coz I’m better talking about reality tv (who’s gonna be in American Idol Final 2, what’s wrong with Survivor, when are they gonna shoot Amazing Race Asia Season 3).

Alhamdulillah, surat tawaran aku dah berstatus tak bersyarat (unconditional). Orang kat Durham dah hantar versi scan melalui email dan hantar melalui pos juga. Yang bestnya sebab aku agak ‘jakun’ dengan sistem pengesanan surat tersebut. Baru jer malam 2 hari lepas aku berbicang dengan bebudak debat fasal e-dagang berkenaan sistem penghantaran pos dsb.

Sebenarnya Pos Malaysia pun ada sistem pengesanan sebegini, tapi yang ni yang DHL punya. Gambar ini ditujukan khas untuk Adli yang meragui sistem pengeposan yang sedia ada sekarang:)

Dhl

Next, I’m going to Putrajaya and KL - buat visa dah amik surat kat KPT

4 responses so far

Mar 10 2008

Pengadil

Published by flexin-am under After A Year

Setiap kali email baru sampai, aku akan sedikit berdebar. Masih menunggu pengadil aku untuk menghantar email ke Durham. Baru sebentar tadi Dr Jacques Furter, penyelia disertasi aku mengesahkan yang dia telah menghantar email ke Durham sebagai sokongan (perlukan 2 surat sokongan untuk ijazah lanjutan di UK, dan Malaysia, 3 jika mahu ke US).
.

Tiba-tiba terasa sedikit lain.
Aku sedang menghitung hari. Sebulan lagi, InsyaAllah jika tidak ada aral. Jika ada aral? Aku rasa aku lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sekurang-kurangnya itulah yang aku fikirkan. Entah betul entah tidak. (Kenapa blog kali ni bunyi macam cerpen skit?)
.

Dua hari lalu. Keputusan pilihan raya. Rahyla (x-KUSTEM, x-UUM Master) tegur aku melalui YM. ‘Sudah tak sabar untuk fly lah tu?’, lebih kurang begitu bunyi ayatnya, mungkin kurang formal daripada yang aku taip.
.

‘Taak. Malam ni tengah busy dengan result pilihan raya’. Berjaga aku satu famili menunggu keputusan. Aku bukan orang politik. Aku tidak juga minat politik. Aku bukan pengundi atas pagar kerna aku tahu ideologi politik aku. Cuma aku tidak suka berbincang dengan orang ramai - baik seideologi ataupun tidak.
.

Kerana aku rasa aku lebih neutral. Perbualan politik dengan orang yang aku selesa - kawan rapat aku - biasanya akan menyokong dan mempertikai kedua-dua pihak. Baik BN mahupun BA. Bagi aku, sebagai budak debat aku perlu lebih terbuka. Semudah itu. Di akhirnya, 1 pangkah untuk DUN dan 1 pangkah untuk parlimen aku beri kepada yang aku yakini.
.

Aku ketawa kecil di dalam hati. Tak sangka pula aku boleh sebegitu serius bila bercakap hal pilihanraya.
.

Aku perlu menumpukan perhatian dengan hidup aku. Aku masih di rumah. Pidin menghantar mesej tadi bertanya aku di mana. Masih di rumah sejak Jumaat lepas. Terasa yang aku perlu menghabiskan masa-masa berharga ini dengan famili. Biarpun aku sekadar menghadap komputer riba dan tidur sampai tengah hari. Sebulan lagi…

One response so far

Mar 09 2008

Sneak Peak: When I’m Gone BM

Published by flexin-am under Music

Last night I was awake late as my family and I wait for the electoral result.

Tonight, I have to stay up a lil bit late to capture some footage for the video I’m editing at the moment. Since I came back to Malaysia, I haven’t publish even one song (except Umbrella Malay Version sung by Ali, but that wasn’t me - so it doesn’t count)

As I like Simple Plan A LOT, so I make a malay version of the 1st on Hitz.fm chart - When I’m Gone.

I dun have much confident in myself a lot these days (in term of singing and movie editing). I dun think it sounded that good. But just for trying out something new - which is using green screen effect in my video editing, I hope that it will be an entertaining video regardless of how my voice sounded like.

So, take a sneak peek down here:)

4 responses so far

Mar 08 2008

The Vote

Published by flexin-am under After A Year

I talked to my mom, while we are sitting on the cushion. In Bahasa Malaysia of course (note to Abg Tra especially), ‘mom, this is the best weather ever we could get! Not so hot, not so cold. Just … nice’.
.

The rain just stop after it poured for like an hour. People who procrastinate to the very end minute to go voting should have problems with the weather. But it is 5.37 p.m in the evening now, so the vote is already closed 37 minutes ago.
.

Today is my first time voting. I was so proud of myself - fulfilling the obligation towards the country until I had some kind of weird rush while I wrote the X sign on the voting paper.
.
Perang

It was kind of nice everywhere. Loads of flags are waving around the village especially around the voting area - schools.
.

The picture above was taken in Kg Bujang. The school s just 100m from where I snapped the picture.
.

I keep getting neutral message from people around me. ‘Buat pilihan yang bijak‘. Make the right choice. And I can’t help myself doing some rebuttal towards them (in my mind only laa):- make the right choice? I guess it is considered a right choice if only my vote tallies with your political views. How do you define the word ‘bijak’ anyway? (I keep being sarcastic just knowing that I am enjoying myself and not harming the others;)

4 responses so far

Mar 06 2008

Kawan-kawan aku yang ‘innocent’

Published by flexin-am under After A Year

Berikut merupakan cerita kengkawan aku yang agak ‘innocent’.

Cerita 1

Aku offer la kat kawan aku, kalo aku dah kat UK, nak meh lepak kerja koman2 kat UK, pergi la. Sebab aku cadang nak sewa rumah sebab nak bawak parents aku pergi 3-4 minggu.

So kawan lelaki aku nih bagitau la parents dia. Ayat dia tetiba menjadi begini lebih kurang - aku ajak dia pergi UK sebab nak suruh temankan aku kat sana. Wah. Boleh la macam tu. Confuse parents dia sebab perkataan ‘temankan’ itu.

Terpaksa la aku ajar dia gunakan istilah yang lebih baik bagi menerangkan situasi sebenar.

Cerita 2

Kawan perempuan aku nak tumpang aku balik petang ni sepatutnya. Sebab rumah dia kat tengah jalan ke Merbok. Kebetulan hari ni aku bawak parents aku ke USM, saja suruh lepak jap kat rumah. Datang pagi balik petang.

So disebabkan kawan perempuan aku ni merasakan dia seorang wanita yang bersopan santun, perlu menjemput parents aku masuk rumah ala2 sebab dah mengantar, dia bagitau kat parents dia lebih kurang macam ni - nak balik rumah dengan kawan, mak bapak dia ikut sekali, nak jemput mai rumah.

Confuse la jugak parents kawan perempuan aku ni sebab tak biasa biasa balik rumah bawak kawan, sekali bawak parents sekali.

Selepas beberapa jam barulah ayah dia telefon balik, dan barula dia betulkan apakah keadaan sebenarnya. Kesian bapak dia terconfuse beberapa jam.

Moral of the story: Gunakan ayat yang jelas supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

7 responses so far

Mar 06 2008

P.S I Love You

Published by flexin-am under Uncategorized

I just hope that I will be able to finish reading this novel as my spirit usually fade away as the days pass by.
.

So, hari Ahad lepas, aku bawak le Zakia dan kengkawan bio dia ke sekolah kak aku. Diorang ada projek bebudak pendidikan. Aku drebar jer dengan Allim jadi co-pilot. Balik ke USM, 2 orang tadi yang naik dengan aku naik kereta kawan diorang, so tinggal la aku, Zakia dengan Allim.
.

Tetiba terasa la macam nak makan sesuatu yang best. Allim suggest A&W Root Beer dengan float. Maka terus la kitorang amik feri, gi Gurney.
.Ps_i_love_you

Pastu masuk MPH, maka mata aku terpandang buku P.S I Love You nih. Gambar cover dia adalah gambar poster filem yang telah diadaptasi ke citer nih. Entah kenapa aku rasa macam nak beli sangat buku ni.
.

Sinopsis belakang pun cam okey - mengisahkan seorang wanita yang kematian suami, tapi suami dia tinggalkan satu surat yang dia kena buka ikut bulan yang dicatatkan. Macam okey lagi la description dia daripada apa yang aku tulis kat sini. So terus la beli.
.

Tu jer sebabnya Emmy dan Ida ek.
.

Aku slow reader, dah 5-6 hari baru tak sampai 100 pages.
.

Lepas 1-2 hari baca aku mengadu kat housemate aku, Pidin.
.

‘Pidin, aku rasa sunyi laa,’ ala-ala sedikit merengek. ‘Rasa macam lost sikit’.
.

Itu la penangan menghayati novel ini! Tapi sekarang dah okey dah. Tengah demam pilihanraya plak..

4 responses so far

Mar 05 2008

Apsal tak sampai lagi nih?

Published by flexin-am under After A Year

That’s the question that revolves around my head.

Sekarang ni, aku tengah prepare untuk fly sambil-sambil meneruskan tanggungjawab sebagai tutor kat skool math. Bebudak MAT122 baru jer antar assignment dan aku kena check soalan no 1 (dari 3 soalan). Ader la dekat 300 orang kesemuanya. Baru jer siap tak sampai seratus, Jumaat nih dah kena pass kat tutor lain untuk diorang teruskan check soalan 2 dan 3 plak.

Aku punya offer letter untuk Durham Uni berstatuskan ‘conditional’, iaitu bersyarat selagi surat pengadil yang kedua aku belum sampai. Pening gak kepala aku memikirkan kenapa la surat tu tak sampai-sampai lagi sedangkan dah 2 minggu dah hantar.

Selagi tak dapat surat tu, aku takleh buat visa dan takleh decide bila nak fly. Tapi disebabkan aku dah tempah penginapan universiti mulai 10hb, so kalau takde aral melintang, dalam 9hb April aku fly laa, InsyaAllah.

Check

Gambar: Aku suruh mak aku amik gambar aku dengan kertas-kertas jawapan guna kamera phone. Kat depan tu novel P.S I Love You yang sedang aku baca sekarang nih.

4 responses so far

« Prev - Next »